Selasa, 28 Februari 2017

Less Selfies, More Travels

Yerpp! Akhirnya saya delete most of my selfies yang ntah apa-apa(excluding wefie dan selfie untuk tujuan iklan) dalam my Instagram, Facebook and even my blog. Yalah.... dah tua-tua ni... tak sesuai. Umur dah nak masuk three series. Lagipun macam tak best pula. #feelingnarcisisticpunada. (Jangan salah faham. Pandangan terhadap diri saja). 

Less selfies, more travels.
Daripada banyak selfie (yang feeling self promo + minta perhatian + minta dipuji + memenuhkan storage. Kini baru sedar... Darn!)... lebih baik letak gambar pergi melancong atau gambar lain yang lebih berfaedah... contohnya alam semulajadi, sunset view, gambar miaw, makanan yang sedap, gambar iklan jawatan kosong, gambar planet etc... Share gambar ngan kawan-kawan. Sharing is caring.

MORE TRAVELS. Yesss.... dalam kepala otak dah ada plan. But since semester baharu dah start..  jadi kena tengok jadual kuliah dengan teliti. Silap haribulan dah beli tiket, tiba-tiba time tu la pula mid term bagai.

Sebenarnya bulan April ni pun ada plan dan dah siap atur segala benda. More to leisure trip memandangkan senior citizen dan kanak-kanak termasuk dalam list.

Untuk special dan ganas sikit punya trip, InShaaAllah this coming August... kalau tak ada apa-apa halangan. Since my protfolio kerja pun totally berubah dan banyak fokus on office site, senang sikit nak atur la. However, kena check juga jadual kuliah. July -August adalah dimana short term bermula dan not sure untuk part timer seperti kami ni ada kena offer subjek atau tak. Kalau tak ada... perhaps one or two countries la saya akan jelajah. Kalau short semester pun kami kena amik juga, means tak ada harapan la bulan Ogos tu.

Why August? Because ticket flight murah. Start dari September dah mula naik harga. Hampeh betul -_-

Sebenarnya hobi melancong ni tak la extreme. Bagi saya... ada rezeki, jalan. Terima gaji, simpan sikit duit untuk travel, study dan emergency. Kerja kerajaan tak menjamin untuk jadi kaya. Mana nak bayar rumah, kereta dan bil lagi... Tapi kalau pandai urus duit, InShaaAllah semuanya okay. Syukur jugalah selama ni tak pernah buat pinjaman PTPTN. Lagipun yuran pengajian di UiTM dulu murah. Baru dalam RM500 untuk satu semester. My dad masa tu boleh support lagi la. Tapi kerana tiada PTPTN, belanja bulanan pun kena berjimat jugalah. Tapi dengan ketiadaan saya buat pinjaman ni la, tak ada isu blacklist ke luar negara.

Style saya melancong maybe tak sama dengan orang lain. Ada orang tiap kali pergi berjalan mesti kena shopping. Terutama kalau negara yang jual barang murah. Tapi bagi saya... saya lebih suka melawat ke tempat menarik seperti kawasan bersejarah, taman, merasa makanan enak (dan halal), tengok festival dan lain-lain. Tipulah kalau kata tak shopping souvenir langsung. Beli tetap beli but limited quantity. Untuk travel empat hari, surely my luggage kecil tu memang muat. Bawa yang perlu sahaja. Dan tak perlu masuk dalam kargo pun.

Time melancong tu memang ada selfie punyalah. Yalah. Kadang selfie dekat sculpture pelik la, bunga cantik la apa la. Nak publish dalam media pun, ensure yang tak terlalu #feelingnarcisistic la kan. HeHeHe...

Rasanya yang paling banyak saya post gambar melancong... dalam blog saya kot. Sebab nak add on info menarik + tips. Instagram dan Facebook kadang satu atau dua gambar saja. Ntah... maybe umur pun dah makin tua, keterujaan pun makin kurang.

Okay. 0215AM... goodnight.

P/S - Kalau ada peluang ke Hong Kong lagi, sure saya akan pergi lagi. Even travel alone pun still wanna go juga.

Sabtu, 25 Februari 2017

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 10

Sebenarnya banyak kali dah terserempak dengan benda mistik ni tapi tak la sampai ke tahap extreme. (Mata mudah nampak kot?). Okaylah. Saya cerita pengalaman yang saya pernah lalui. Sekadar berkongsi...

Kelibat Putih

Asal hantu, mesti dikaitkan dengan kelibat putih. Okay... ceritanya macam ni. Masa tu di office nak pergi turun kuliah. Jadi... saya dan dua orang lagi kawan ni tengah tunggu lift. Masa tunggu lift, tiba-tiba ada benda lalu kat area ruang bilik mesyuarat utama. Time tu dah tau dah, mesti ada 'something' ni. Yang kawan saya sorang ni memang mata mudah nampak (saya pernah cerita sebelum ni). Rupanya dia pun nampak benda yang sama juga. Tapi kami dah biasa, jadi buat tak tau saja.

Cerita kedua pula... berlaku baru-baru ni. Saya, Hafiz dan sorang kawan saya ni tengah duduk di dalam office. Bercerita sakan. Time tu dah jam 7PM. Kejap lagi nak balik. Tengah ceta punya ceta, zapp. Tiba-tiba ada benda putih lalu di tepi tingkap. Tapi saya diamkan saja. Nanti menakutkan semua orang pula. FYI - Kalau dah nampak benda-benda tak best lalu lalang di office pada waktu macam tu, baik balik. Tu tandanya kena get out from there.

Perempuan Berbaju Putih
Sekarang saya dah pindah office ke tingkat lain (tapi still bangunan sama). Kejadian ni berlaku kira-kira dua minggu selepas saya pindah. Kat tepi tandas wanita ada satu kerusi pejabat rosak dan lama. Means... asal masuk tandas mesti akan lalu tepi kerusi tu. Suatu hari, saya masuk tandas dan tiba-tiba rasa lain macam. Rasa ada perempuan duduk di kerusi tu. Actually saya tak nampak real pun sebenarnya. Tapi... macam mana nak explain ya. Dalam mata terbayang seperti ada orang duduk. Kelibat perempuan, bertubuh kecil dan berbaju putih. Rambut panjang sampai pinggang. Muka tak nampak sebab ditutupi rambut. 


Selang seminggu lepas tu, kami nak pergi powerwalk. Sebelum tu sembang dulu. Ntah macam mana boleh sampai cerita hantu, tiba-tiba ada sorang staff cerita yang dia pernah nampak kat kerusi buruk tu ada 'someone' duduk. Punyalah saya terkejut bila dengar dia kata cam tu. Katanya 'someone' tu seorang perempuan. Berambut panjang, berbaju putih dan berbadan kecil. Masa tu... saya terkejut sebab sama seperti dalam bayangan saya. Staff tu kata kadang-kadang benda tu ada di sana, kadang tak ada.

Nak dipanjangkan ceta, cerita ni berlaku kelmarin pula. Kawan saya (di office aras lain) bagitau ada suatu hari tu dia nampak seseorang tengah tunggu lif. Badan kecil, rambut panjang sampai pinggang, pakai baju putih dan muka macam orang cina. Masa kawan saya nak buka pintu office, tiba-tiba dia nampak perempuan tu masuk dalam lift. Yang hairannya lift tu tak terbuka lagi. Kawan saya tu tak percaya dengan apa dia nampak dan tanya security yang berkawal kat sana. Security tu kata dari tadi tak ada sesiapa pun di sana. Saya dengar cerita tu jadi seram pula.

Lembaga Hitam
Ni berlaku masa hujung tahun, time exam weeks. Kami bertiga tengah study dalam library. Tiba-tiba kawan saya (yang saya cerita mata dia nampak hantu tu) tertinggal dompet la pula. Masa tu dah jam 830PM. Dia kata dia nak pergi amik dompet dulu. Jam dah jam 9PM, apasal kawan saya tak kunjung tiba lagi. Padahal dari library ke office, 5 minit pun dah sampai.


Akhirnya kawan saya sampai juga. Dia pun cerita kat kami.

Masa dia masuk dalam office... dia nampak banyak 'benda'. Ada benda hitam tengah duduk atas sofa... Selain tu, ada banyak cahaya mata di dalam bilik mesyuarat. Then ada benda berbentuk serangga berterbangan di seluruh office. Naik seram jadinya. Dahlah mata dia jenis nampak. Dia pun berkurung dalam bilik... memikirkan bagaimana nak keluar. Lastly dia keluar juga. Buat-buat cam tak nampak.

Saya kata kat kawan saya, rasanya macam pernah nampak benda hitam yang dimaksudkan. Bukan nampak nyata... tapi... lebih kepada bayangan. Then saya pun sketch rupa benda tu. Badan besar, hitam dan berbulu. Punyalah saya terkejut bila kawan saya kata rupa benda tu macam dalam sketch yang saya  lukis.

Sampai sini sahajalah dulu cerita saya. Terpulang nak caya atau tak. Saya kongsi saja.

I Choose The North Face

Outlet The North Face belum ada lagi di Sabah dan saya harap... akan dibuka kat sini. Walau bagaimanapun, jenama The North Face ada dijual di Parkson, Imago (but limited).

Kepada yang meminati aktiviti outdoor seperti hiking, ski, mountain climbing, backpackers dan lain-lain... The North Face adalah salah satu brand yang menjadi pilihan. The North Face nerupakan jenama yang berasal dari California, Amerika, wujud pada tahun 1966. 

Saya meminati jenama The North Face kerana kualiti serta sesuai dengan aktiviti dan hobi saya. First sekali benda yang saya beli adalah bagpack untuk travelling. Selain luggage bag, saya juga memerlukan satu bagpack untuk barangan etc seperti passport, botol air, snack, duit, jacket dan lain-lain. Beg tu juga kenalah selesa kerana apabila saya travelling, saya banyak bergerak ke sana sini. Selain itu, bagpack tersebut perlu multipurpose. Kalau tak travel, saya boleh menggunakannya untuk bawa pakaian gym.

Baru-baru ni di Hong Kong saya sempat beli satu lagi small bagpack (crevasse) The North Face. Ada dua color actually tapi saya lebih prefer dark blue, while my friend ambil yang color pink. Eventhough simpan banyak barang pun, still rasa selesa lagi kerana bagpack ni dilengkapi dengan sponge at the back dan zip keselamatan (supaya beg tak mudah kena buka). 

Selain beg, The North Face juga menjual barangan seperti jacket, windbreaker, T-shirt, sarung tangan dan lain-lain. Winter jacket boleh mencecah harga RM1000 tetapi kualitinya memang terbaik. 

Small bagpack yang saya beli di CityGate Outlet, Hong Kong. Original price adalah RM500 but pheew!!! Outlet... mestilah dapat murah dari harga sebenar.  


Purata steps saya (perday) apabila travelling.

P/S-Travelling, bukan shopping. 

Selasa, 21 Februari 2017

Tips & Trip to Hong Kong 2017 - Part 4

Last day in Hong Kong. Flight jam 0805PM. Lama lagi. Apa nak buat ni?

Ada banyak benda yang boleh dibuat untuk memenuhi hari terakhir anda di Hong Kong. 

Oleh kerana masa check out hotel adalah pada jam 1200PM, maka sebelum tu banyak lagi benda yang boleh dibuat. Kalau tinggal di sekitar Tsim Sha Tsui ni... boleh pergi melawat Masjid Tsim Sha Tsui, pergi ke muzium atau taman berdekatan. Tak pun pergi cuci mata tengok kedai-kedai di sekitar bangunan. Unfortunately, kami tak sempat nak buat semua tu sebab leka bercerita. Hahaha. Sekali tengok dah jam 10AM. Baik check out terus.

Kalau nak jimat tambang ke airport dan tak terkejar-kejar flight, the best way adalah dengan menaiki MTR dan stop di stesen Tung Chung. Lepas tu di stesen bas Tung Chung, anda boleh menaiki bas nombor S56 atau S1 (turun di airport). Tambang HKD3.50 sahaja. Berbanding airport express daripada Tsing Yi adalah HKD60. 

Jadi kami pun stop kat Tung Chung dan menikmati sekali lagi SALE di CityGate Outlet. Sebelum tu... simpan dulu luggage di locker service yang terletak di Basement. 

Tak dinafikan memang barangan di CityGate Outlet memang murah. Contohnya moisturizer Vitamin E The Bodyshop kalau kat Malaysia... harga satu unit RM100+. Kat sana dua unit sekali gus hanya HKD139 (lebih kurang RM80). Satu lagi contoh iaitu beg North Face tu kalau ikut harga dalam RM500. Tapi kat outlet ni boleh dapat harga HKD480 (lebih kurang RM275) sahaja. Oh ya. Satu lagi example adalh seluar Levis RM300... buy 1 free 1. Not bad.

Rambang mata oooo.... Walaubagaimanapun, kena teliti juga tengok harga kerana some barangan dijual lebih murah di outlet Malaysia. Contohnya suade shoes Timberland tu saya beli kat Mitsui hanya RM299 sahaja. Kat CityGate outlet dijual harga RM600.

Ada pelbagai barangan dijual di CityGate dan antara kedai yang laku kat sana adalah Coach, MK dan Kate Spade (orang sanggup berbaris untuk beli). 



Dah keboringan di CityGate Outlet tu, kami pun beredar. Bas kat sana jenis double decker. Dan... laju pula tu. Dari Tung Chung ke airport tak jauh. Hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja. 

Selebihnya lepak kat dalam terminal.

Untuk penerbangan Air Asia biasanya di diletakkan di Terminal 2. Makanan yang ada logo halal? Hanya available di Terminal 1 iaitu Popeye Fastfood Restaurant. Tu pun restricted area. Dah masuk depature gate baru lepas ke sana. So... the best choice is having Subway di Terminal 2. Tapi punyalah sedih sebab kebetulan Subway di airport hari tu tak ada sos sweet onion (my favorite is Vege Delite with sweet onion sauce + no tomato please). Nak minum panas pun... Pacific Coffee is available in the airport.

Oh ya. Kalau termiss beli barangan cendermata Disneyland, jangan risau. Di airport pun ada juga. FYI - Dalam airport tu sejuk gila. 

Dah masuk ke departure hall, kena naik train lagi untuk sampai ke departure gate yang dimaksudkan. Keselamatan imegresen HK sangat ketat dan misalnya la kan... passport anda gambar tak pakai tudung, dan pada hari itu anda pula pakai tudung... memang kena soal macam-macam la untuk memastikan itu adalah anda dan bukannya menyamar. Jika membawa beg handcarry, pastikan tak ada bahan terlarang didalamnya. Barangan liquid lebih daripada 100ml, benda tajam seperti peralatan mencukur kening semua tu akan dirampas. 

Boring menunggu di gate? Perkhidmatan internet free disediakan beserta desktop Mac yang canggih. Plus... kiosk Pacific Coffee atau Starbucks juga available. The rest yang boleh dibuat, last minute shopping di kedai-kedai duty free, kedai baju, elektronik dan barangan cenderamata. 

Last option... tidur dulu.

(Ini bukan bintang. Ni cahaya lampu kapal-kapal besar)

Malangnya flight delay akibat hujan lebat. So terbang jam 0900PM akhirnya. Masa naik tu menakutkan jugalah. Yalah. Tiap kali travel... benda yang paling tak best bagi saya ialah awan tebal. Bila tengok kapal tu main redah awan sahaja... gerun jugalah. 

Tapi saya tak pernah tengok pemandangan yang paling cantik di waktu malam. Bukan cahaya lampu... tetapi sinaran bintang. Selalunya kita kena dongakkan kepala ke atas untuk tengok bintang. But last night masa dalam flight, rasa kapal tu satu taraf dengan ketinggian bintang pun ada. Tengok luar tingkap, banyaknya bintang bertaburan. Sangat cantik. Tak tau macam mana nak cakap. Macam dah tinggi sangat kami terbang tu. Saya ada try juga amik gambar tapi tak lawa sangat. 

Ni gambar bintang (edited bagi jelas). Tak nampak sangat.

-End of Part 4-

Isnin, 20 Februari 2017

Tips & Trip to Hong Kong 2017 - Part 3

Hari ketiga di Hong Kong.

Kali ni memang one day di Disneyland la. Rugi bayar tiket mahal-mahal tetapi tidak diperuntukkan dengan sebaiknya. Kalau boleh kena cuba semua permainan yang ada. 

Tips ke Disneyland Hong Kong.
  • Beli tiket awal melalui online. Harga dalam RM300+ ikut currency exchange. Kalau dah beli melalui online, tak perlu berbaris panjang nak beli tiket lagi. Terus ke auto machine untuk claim ticket.
  • Pergi waktu weekdays. Memang padat juga tapi lagi padat kalau time weekends. 

(Disneyland Resort Hong Kong)

Kalau daripada Tsim Sha Shui, naik MTR dan transfer ke Lai King station. Kemudian tukar ke Sunny Bay then masuk ke line MTR khas Disneyland Resort.

Taaadaaaa! Line MTR Disneyland yang special

Welcome to Hong Kong Disneyland Resort!


Kebetulan restoran yang menyediakan makanan halal di Disneyland iaitu Tahitian Terrace tengah closed sekarang. Tapi jangan risau, makanan di booth Main Street Market juga dah disahkan halal.

Tapi faham-faham la harga ada sedikit mahal. Cola HKD32. Jumbo Hotdog HKD48



Belajar melukis kartun Mickey Mouse

Siapa nak amik gambar ngan Mickey & Minnie pun boleh juga tapi saya malas la nak baris gila bukan main panjang.

Lion King's theater. 

Adventure Land. Tengah river cruise.

Solero shot at Toy Story's Land



Magic garden

Hari ni sangat panas dan makan aiskrim untuk menyejukkan badan. Harga aiskrim pun dah HKD38


Small-small world


Kebetulan kali ni ada expo Iron Man







Perarakan berlampu Disney sebelum Disney nak close pada 7.30PM

Ahad, 19 Februari 2017

Tips & Trip to Hong Kong 2017 - Part 2

Okay. Day two in Hong Kong. 

Kali ni destinasi ke The Peak Hong Kong dan sekitarnya. Dalam bangunan The Peak HK tu macam-macam ada termasuk Madame Tussauds (tempat patung-patung selebriti tu). Sebenarnya dah pernah pergi ke Madame Tussauds HK sebelum ni tapi kawan tak pernah sampai lagi.... so okay. Maybe ada benda baharu kot?

Dari Tsim Sha Tsui nak ke The Peak senang sahaja. Boleh ambil MTR ke Central atau Admiralty. Lepas tu jalan kaki dalam 5 minit dan... dah sampai ke The Peak Tram (keretapi yang bawa ke bangunan The Peak HK).

(The Peak Tram)
Kalau nak ke Madame Tussauds, salah satu kaedah yang termudah adalah dengan menaiki The Peak Tram. Sebelum travel ke Hong Kong, login Website Madame Tussauds Hong Kong dan purchase tiket via online. Boleh pilih nak tiket mana satu, sama ada 3 in 1 combo ke... 2 in 1 combo ke etc. Lagipun tiket online lebih murah berbanding walk in. Saya beli tiket 3 in 1 combo iaitu termasuk The Peak Tram return pass, Madame Tussauds dan Sky Terrace 428. Claim ticket di kaunter khas Madame Tussauds HK yang dibuka pada jam 0930AM. Perlu perhatian, setiap hari ramai pelancong nak ke The Peak, terutama weekends. Jadi kena sampai awal... kalau tak, perlu berbaris panjang. 

(Bangunan The Peak : Madame Tussauds)
Former President of China, Hu Jintao

Yayoi Kusama (Japanese artist & writer). Tarikan baharu di Madame Tussauds Hong Kong.

Johnny Depp

Brad Pitt

Dipisahkan dengan Angelina Jolie

Queen Elizabeth

Ethan Ruan

Lee Jong Suk

Michael Jackson

Michelle Yeoh

Kalu diikutkan... Madame Tussauds tak banyak berubah berbanding tahun lepas. Cuma tambah satu dua patung baharu... dan patung Brad Pitt dan Angelina Jolie dah dipisahkan. Oh nooo...


(Sky Terrace 428)



Sangat sejuk okay!

(Muzium 3D)

Muzium 3D dah ada di The Peak HK. Masuk percuma dan kalau nak amik gambar guna official photographer, perlu bayar dengan jumlah yang dimaklumkan.

(Makanan halal di The Peak?)
Setakat ni susah nak jumpa makanan yang ada tanda halal di The Peak. Kami minum Pacific Coffee sahajalah untuk alas perut. (Sama macam Starbucks).

Turun balik dari The Peak

(Zoological and Botanical Garden)
Tengok pokok maple tu!


Taman orkid

Hajat nak naik Tram O Matic (tour naik tram sekitar Hong Kong) tapi punyalah ramai orang berbaris nak naik juga. Tempat menunggu Tram O Matic tu sebelah kaunter Peak Tram sahaja. Lastly tak jadi dan hanya berjalan kaki ke taman botanikal HK. Tempat yang mendamaikan. Cantik dan ramai orang beriadah. Free admission. Siapa yang sukakan alam semulajadi, anda perlu ke taman botanikal ni. Sangat cantik!

(Nak balik ke MTR Central)
Dari The Peak Garden ke Central kena lalu sini

(Nan Lian Garden)




Untuk ke Nan Lian dan Chi Lin Nunnery, perlu menaiki MTR dari Central ke Diamond Hills. Dah sampai ke MTR Diamond Hills, perlu jalan kaki dalam masa 5 minit untuk sampai ke Nan Lian.

Tak sempat nak ke Chi Lin Nunnery yang terletak di sebelah Nan Lian sahaja sebab kawan dah sakit kaki. Haha. Nan Lian memang cantik. Di sini adalah tempat suci, jadi tak boleh nak buat sesuka hati termasuk buang sampah atau naikkan kaki ke kerusi dan sebagainya.

(Makanan halal di Tsim Sha Tsui)
Ada banyak restoran yang menyediakan makanan halal di Tsim Sha Tsui. Kalau tak tau nak cari kat mana, boleh check Google Maps atau cari bunting yang terpampang di tepi-tepi jalan.
Ini masakan Turki, Lamb doner. HKD88

End of Part 2