Sabtu, 21 Januari 2017

Review : Safi Balqis Krim Pelembap Malam

Sekarang ni dah malas nak cari produk yang mahal sangat sebab nanti result lepas pakai pun macam tu juga. Lagipun saya memang tak biasakan diri menggunakan banyak produk muka. Cukup ada toner, krim dan pencuci muka sahaja. 

Okay. Sampai ke hari ini produk Safi tak pernah mengecewakan saya. Dari toner sampailah ke krim... boleh dikatakan produk ini memang bagus, mampu milik dan yang penting ada logo HALAL. Orang berkulit sensitif seperti saya amat sesuai menggunakan produk ini.

Muka saya ni jenis yang berminyak tetapi dalam masa yang sama boleh jadi kering juga terutama jika terdedah dengan cahaya matahari yang terlalu lama atau kurang rehat (biasanya kalau travel jauh mesti kulit jadi kering). Mulalah kulit mengelupas. 

Salah satu cara adalah menggunakan mask muka tapi tu kalau kulit dah kering tahap kronik baru saya guna kaedah tu. Satu lagi cara menghilangkan kulit mengelupas ialah dengan menggunakan krim malam. Saya memilih Safi Balqis White Trilogy Krim Pelembap Malam. 

Sebenarnya saya tak menggunakan krim ni setiap hari. Hanya guna bila rasa nak atau jika kulit nampak kering. Paling banyak saya guna dalam satu atau dua kali seminggu kot... By the way, krim Safi Balqis ni antara krim malam terbaik yang saya pernah cuba. Lepas sapu kat muka sure tak melekit punya. Teksturnya light, sejuk dan sekata apabila disapu. 

Result - Keesokan harinya, kulit terasa lebih lembut, halus dan lembap. Kalau nak nampak result yang lebih berkesan, krim ini perlu digunakan setiap malam. Oh ya. Lagi satu... krim ni tak mahal. Tak sampai RM20 pun. Jadi memang berbaloi dengan hasilnya. 



Copy paste dari website Safi Balqis
Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS White Trilogy membantu proses pencerahan kulit dengan lebih intensif semasa anda tidur! Ia memelihara kulit agar tidak kusam dan bermaya serta memperbaiki kerosakan yang dialami kulit pada waktu siang.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

1 ulasan:

  1. Mmg da pkai...resultnye mmg terbaekk...:)mmg bngun pgi trasa lmbut n halus je kulit muka

    BalasPadam

Terima kasih!