Selasa, 3 Januari 2017

Makan Lobster

Makanan kegemaran saya tentunya seafood. Dipecahkan lagi, lobster antara salah satunya. Jual di restoran memang mahal. Sekilo mencecah harga ratusan ringgit. Tapi saya boleh makan free, janji pergi tangkap sendiri. Sebenarnya istilah 'tangkap sendiri' tu bukanlah saya yang pergi tangkap... err... ia lebih kepada lobster yang 'bukan dibeli'. Yang gambar dibawah ni hasil daripada tangkapan my uncle. Ada 20 ekor semuanya, saya dapat dua ekor pun dah cukup. 

Lobster atau dalam Bahasa Kedayan dipanggil Bekara (Udang Kara). Berhati-hati tak boleh makan terlalu banyak kerana banya kolestrol. Saya khuatir juga sakit belakang dekat bahagian tengkuk ni akibat makan lobster atau sebenarnya salah posisi. (Tanda kolestrol tinggi ialah sakit-sakit di bahagian tengkuk). Memang before tu ada juga sakit tulang belakang sebab duduk lama study. Selama ni tak pernah saya jadi sakit after makan lobster, tapi biasalah kalau umur dah meningkat ni kena hati-hati sikit. (Tak lama masuk three series. 0_o)

Lobster tahun baharu 2017

Malam tu keluar makan di Upperstar Damai. Order talapia fish and chips. Thumbs up untuk coselaw Upperstar yang sedap

Sambil menunggu makanan, sambil melukis menggunakan S Note di dalam smartphone saya. 
Lama dah tak melukis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!