Isnin, 16 Januari 2017

Kenduri Ikan Besar

Sabtu lepas (14 Januari), kebetulan saya dan Hafiz baru balik dari rumah mummy. Dalam jam 7.40PM macam tu kalau tak salah. Hajat nak cari makan di area Kota Kinabalu. Tak juga lapar... saja nak amik angin. 

Tiba-tiba Prof call. Ni mesti ada something ni. Rupanya nak datang ke rumah bawa ikan sebab baru lepas pergi memancing di Kota Belud. Apa lagi... kami pun terus la tak jadi singgah minum. Beli barang sikit di Giant, lepas tu pulang rumah. 

Sampai rumah, dah jadi macam kenduri pula. Kuali besar yang jarang pakai pun dikeluarkan. Segala sudip, bekas kaca semua tu. Maklumlah.... tinggal dua orang saja + kucing. Lepas tu dengan nak menyiang ikan lagi... potong bawang... potong sayur etc... captain memasak adalah Prof. Saya dan yang lain assistant chef saja. Hahaha. Last-last, jam 11PM baru makan nasi. Tak apa. Janji makan.

Menu: Ikan kari, butter prawn, sayur kubis panjang + udang. Punyalah sedap masakan tu. Dah semua pun kelaparan. Bantai makan... lepas tu mereka pun balik dengan hati gembira. Hahaha.

Malam tu masak ikan macam ni punya besar

Ikan kari + kacang bendi

Makan malam di rumah. Jemput makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!