Sabtu, 14 Januari 2017

JJCM : Mashawi Restaurant & Catering, Kota Kinabalu

Nah! Kepada peminat masakan Timur Tengah, boleh cuba di Mashawi restaurant yang terletak di Sepanggar, Kota Kinabalu berdekatan dengan Tang Dynasty Hotel. Nak tau lebih lanjut boleh buka Facebook Page Mashawi.

Atas saranan rakan-rakan yang pernah makan kat Mashawi, saya pun mencuba restoran ini. Memang tip top. Masakannya penuh perisa, harga berpatutan dan overall memang kena cuba juga makan kat sini.

Saya bukan peminat nombor satu masakan Middle East, tetapi di Mashawi tak mengecewakan langsung. So lepas ni akan jadi salah satu favorite food saya dan boleh pergi lagilah. 🖒


Saya order Arabic Mint Tea. RM3.50. Terbaik! Dan tak rasa manis sangat. Gelas besar. Sesuai dengan citarasa.

Roti pita...

Dengan stew kambing.

Chicken Mashawi. RM12.90. Ayam ni memang sedap. Rasa manis dan berperisa.

Dihidangkan sekali bersama coselaw dan sambal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!