Isnin, 30 Januari 2017

JJCM : Bunkers Cafe, Kingfisher

Buat mereka yang nak cari tempat untuk chill, nak lepak sambil makan kek sedap homemade atau makanan lain sama ada western atau local, boleh ke Bunkers Cafe di Kingfisher, Kota Kinabalu. Kafe ini terletak berhampiran dengan restoran Macau 818 atau berhadapan car wash KF, betul-betul menghadap jalan raya.

Semalam tekak terasa nak minum air yang sejuk dan menyegarkan, so cari tempat lepak yang best. Akhirnya kami ke Bunkers Cafe. 

Area Kingfisher ni pada waktu malam sunyi sikit. Tapi suasana di Bunkers Cafe begitu cozy, selesa dan sesuai untuk lepak... membuatkan kita kembali bersemangat. Saya tertarik dengan interior design kafe ni, kebersihan juga baik, staff yang nice dan makanan escpecially cake sangat sedap. ♡ Harga juga berpatutan.

Pendek kata... saya bagi ☆☆☆☆☆ untuk kafe ini. Next time sure saya akan berkunjung lagi ke sini. 


Blue Velvet cake (RM9). Tengok cara ia dihidangkan. Cantik ♡_♡

Red Velvet cake (RM9). Yang taburan kat atas tu sedap dan rangup.

Ice Lemon Earl Grey (RM7). Very fresh.

Nyam nyam nyam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!