Ahad, 22 Januari 2017

Eureka PopCorn dari Eureka Snack Bar ♡♡♡

Naaah!! Siapa dah rasa Eureka popcorn? Kalau tak cuba lagi... disyorkan untuk cuba. Mesti cuba! Memang terbaik popcorn ni. 

Saya suka makan popcorn seperti jenama Garett tapi lagi suka Eureka sebab ianya tak manis, packaging nya lebih menarik dan lebih banyak perisa available. Satu tin popcorn berharga RM8.40 (Semenanjung) dan RM9.40 (Sabah). Walau bagaimanapun ada certain perisa yang berbeza harga seperti Butter Caramel... satu tin berharga RM14.80 (Semenanjung) dan RM15.80 (Sabah).

Eureka Snack Bar dah ada 10 cawangan di seluruh Malaysia dan salah satunya berada di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah (Terletak di booth, di bahagian Basement). Ada banyak lagi produk Eureka seperti Pop Rock Chocolate dan Taro Chips. 

Oh ya. Popcorn ni ada dua jenis iaitu Butterfly Popcorn atau Mushroom Popcorn. Butterfly popcorn ni yang selalu kita makan di cinema tu. While mushroom popcorn ni lebih besar dan berbentuk bulat. 

Eureka hanya menggunakan Non GMO maize sahaja. Apa itu GMO? GMO adalah "genetically modified organism". Nak tau lebih lanjut mengenai Eureka popcorn? Sila layari laman web Eureka Snack Bar. ^^ Eureka adalah produk keluaran Malaysia dan telah disahkan halal oleh JAKIM.

Sempena Tahun Baru Cina ni, ada promotion beli 3 percuma 1. Saya beli perisa Cheese, Caramel and Original. Percuma perisa Seaweed + sarung angpow.

Kad Eureka Snack Bar. 
Setiap kali pembelian, kad ni akan dicop untuk dapatkan percuma satu tin Eureka popcorn.

Valid untuk tempoh setahun.

Jom berkunjung ke Eureka Snack Bar


Kredit website Eureka Snack Bar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!