Rabu, 18 Januari 2017

Day Trip Only BKI-KUL-BKI

Tengah tunggu kapal terbang nak berlepas.... Hajat nak tinggal satu malam tapi oleh kerana esok ada meeting.. tak jadi la nak stay. Nak stay sebab esok gaji, boleh shopping di Mitsui. KaKaKa! Walau bagaimanapun, bila fikir balik.... eh.... gaji bulan Februari lambat lagi. Dekat hujung bulan baru masuk. Tak boleh jadi ni sebab tengah bulan nak pergi travel lagi. Hujung bulan dah start semester baharu pula. Yuran!! Banyak guna duit oooowww -_-

Malam tadi tidur lewat.... jam 12 lebih, lepas tu bangun awal jam 0245AM... Mandi itu ini, bersiap then driver amik. Nak kejar flight jam 0615AM punya pasal... 

Pagi jam 1000AM meeting kat Putrajaya, lepas tu tengahari curi masa sekejap lawat Tun kerana tak berapa sihat. Cerita punya cerita... dah jam 0200PM. Kelaparan... pergi makan nasi ayam kampung dulu. Sepatutnya petang ni ada meeting lagi tapi oleh kerana tiba-tiba orang tu tak dapat datang sebab ada emergency... so tak jadi la. 

0700PM... flight balik ke Kota Kinabalu. Malam ni nak tidur awal sikit. Ngantuk weh.

Ok habis cerita.

-
-
-
-
Updated gambar dari kapal pada waktu malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!