Rabu, 25 Januari 2017

Balas Dendam & Sakit Kaki

Bukan balas dendam & sakit hati. Jangan tersilap baca pula.

Seminggu lebih tak masuk gym. Lepas tu asyik makan... makan... makan... ketagih lagi makan popcorn Eureka... Nak pergi gym, ada saja benda lain nak kena buat. 

Hari ni betul-betul kena kuat semangat. Dan... lebih baik pergi gym daripada duduk dalam keadaan energy sekeliling yang kurang memberangsangkan. 

Jadi saya decide untuk berjalan kaki dari office ke gym. Tengok pemandangan sekitar kampus boleh menenangkan fikiran. Lepas tu masuk gym, hentam 7 laps treadmill, buat otot kaki dan sedikit senaman lengan. Apa yang best pergi gym sorang ni, boleh fokus 100% untuk bersenam.

Selepas gym, saya pun jalan kaki balik ke office. Tak la jauh. Dalam 15 minit berjalan kot. 

Cuma yang tak best berjalan lepas matahari terbenam ni... 

Cuba untuk ignore.

Pemandangan dalam kampus selepas matahari terbenam. 

Kesudahannya, sakit kaki la pula tiba-tiba. -_- Tapi tak la teruk sangat dan masih boleh buat senaman lagi petang ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!