Sabtu, 7 Januari 2017

Almost 9 Years of BFF

Sedar tak sedar dah masuk 8 tahun lebih kami berkawan. Start kenal tahun 2008 masa study dulu... a.k.a roomate. Sama-sama suka main The Sims dan jalan-jalan cuci mata di area Shah Alam. HaHaHa! Dulu time study memang gila-gila la. 

Sampailah sekarang masih lagi keep in touch. Oh ya. Nama kawan saya ni Zetty. Baru habiskan PhD di UTHM setelah beberapa tahun berjuang. Saya pun tak tau la macam mana kawan saya ni boleh habiskan study dia. Memang otak genius. (Bukan macam orang-orang tu yang PhD beli untuk meraih populariti agar bisnes berjalan).

Baru-baru ni kami berjumpa lagi di KK. Husband kawan saya ni orang Sabah. Tu yang kadang-kadang jumpa kat KK tu. Tak pun kalau saya pergi Semenanjung, saya jumpa dia kat sana. Tengok mana yang sesuai la.



Kebetulan kawan saya ni baru sampai dari Semenanjung. Jadi jumpa sekejap pun jadilah. Asal dapat berbual. Saya pun time tu tak cuti (tak ada paper exam hari tu), so okaylah.

Kalau diingat balik masa study dulu, suka wifie dalam kelas la.... dalam bas la... Lepas tu kalau lecturer suruh take five, mesti turun ke bawah kelas cari makanan kat gerai berdekatan sebab kelaparan. Hahaha. Sempat lagi kan. Kadang-kadang bukannya take five. Take ten dah jadinya.

Kami sama-sama amik Bahasa Perancis. Konon dulu cakap Perancis la apa la... pas tu dah masing-masing konvo, hampeh tak speaking dah. Sekarang dah banyak lupa. Alahaiii...

Apa-apapun, keep in touch!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!