Isnin, 30 Januari 2017

JJCM : Bunkers Cafe, Kingfisher

Buat mereka yang nak cari tempat untuk chill, nak lepak sambil makan kek sedap homemade atau makanan lain sama ada western atau local, boleh ke Bunkers Cafe di Kingfisher, Kota Kinabalu. Kafe ini terletak berhampiran dengan restoran Macau 818 atau berhadapan car wash KF, betul-betul menghadap jalan raya.

Semalam tekak terasa nak minum air yang sejuk dan menyegarkan, so cari tempat lepak yang best. Akhirnya kami ke Bunkers Cafe. 

Area Kingfisher ni pada waktu malam sunyi sikit. Tapi suasana di Bunkers Cafe begitu cozy, selesa dan sesuai untuk lepak... membuatkan kita kembali bersemangat. Saya tertarik dengan interior design kafe ni, kebersihan juga baik, staff yang nice dan makanan escpecially cake sangat sedap. ♡ Harga juga berpatutan.

Pendek kata... saya bagi ☆☆☆☆☆ untuk kafe ini. Next time sure saya akan berkunjung lagi ke sini. 


Blue Velvet cake (RM9). Tengok cara ia dihidangkan. Cantik ♡_♡

Red Velvet cake (RM9). Yang taburan kat atas tu sedap dan rangup.

Ice Lemon Earl Grey (RM7). Very fresh.

Nyam nyam nyam!

Sabtu, 28 Januari 2017

JJCM : Army Navy Burger + Burrito, Imago

Hari ni jalan-jalan ke Imago sempena Chinese New Year. Tahun ni CNY ntah kenapa macam tak meriah rasanya. Tanglung dan bunga api pun kurang. Atau.... adakah saya semakin tua, tu yang rasa tak meriah. Angpow pun tak dapat dah. Tahun ni pun tak balik kampung... tambah lagi cam tak meriah.

Walaupun begitu, shopping complex tetap meriah dengan pengunjung. Hajat nak makan di Beyond Veggie tapi waiter tu kata kena tunggu lama sikit sebab ada satu family order makan besar. Jadi tak sanggup nak tunggu, oleh itu terus ke Army Navy.

Army Navy Burger + Burrito ni sebenarnya asal dari Filipina. Kat sana cawangan ada merata-rata dan kini dibuka satu di Kota Kinabalu. So kami pun nak merasa juga keenakan makanan di sini.

Army Navy terletak di Ground Floor, Imago Shopping Mall. Tak jauh dari Souled Out dan The Tavern (sebelah luar).

Army Navy

Steak Starving Sailor. RM21

Fearless Fried Chicken. RM17


-
-
-
-
-

Sebenarnya makanan di Army Navy ni okay. Tapi mungkin bukan one of my favorites la. Harga makanan kurang berbaloi. Rasa fried chicken lebih kurang macam masakan kat rumah. Dan dihidang menggunakan sudu, pisau dan garfu plastik mungkin tak berapa sesuai sebab ayam tu keras. Hehe.

Walau bagaimanapun, tempat makan ni bersih, interior pun cantik dan makanan cepat sampai.

Hiasan CNY di Imago untuk tahun 2017.

Khamis, 26 Januari 2017

Resepi : Tauhu Putih Goreng

Saya sukakan masakan yang tak banyak sangat rempah. Dan yang penting, makanan sihat. Ini adalah resepi paling simple dan inilah sarapan saya untuk hari ini ^^♡

Saya kongsi resepi ini.

Bahan-bahan:
  • 1 biji tauhu putih yang dipotong
  • Secubit garam
  • Serbuk paprika
  • Serbuk lada putih
  • Sedikit seasoning

Cara-caranya:
  • Gaulkan tauhu bersama sedikit garam dan seasoning.
  • Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak (asal ada)
  • Masukkan tauhu dan goreng sehingga warna keemasan.
  • Angkat tauhu dan tuang serbuk paprika dan serbuk lada putih.

Rabu, 25 Januari 2017

Balas Dendam & Sakit Kaki

Bukan balas dendam & sakit hati. Jangan tersilap baca pula.

Seminggu lebih tak masuk gym. Lepas tu asyik makan... makan... makan... ketagih lagi makan popcorn Eureka... Nak pergi gym, ada saja benda lain nak kena buat. 

Hari ni betul-betul kena kuat semangat. Dan... lebih baik pergi gym daripada duduk dalam keadaan energy sekeliling yang kurang memberangsangkan. 

Jadi saya decide untuk berjalan kaki dari office ke gym. Tengok pemandangan sekitar kampus boleh menenangkan fikiran. Lepas tu masuk gym, hentam 7 laps treadmill, buat otot kaki dan sedikit senaman lengan. Apa yang best pergi gym sorang ni, boleh fokus 100% untuk bersenam.

Selepas gym, saya pun jalan kaki balik ke office. Tak la jauh. Dalam 15 minit berjalan kot. 

Cuma yang tak best berjalan lepas matahari terbenam ni... 

Cuba untuk ignore.

Pemandangan dalam kampus selepas matahari terbenam. 

Kesudahannya, sakit kaki la pula tiba-tiba. -_- Tapi tak la teruk sangat dan masih boleh buat senaman lagi petang ni.

Ahad, 22 Januari 2017

Eureka PopCorn dari Eureka Snack Bar ♡♡♡

Naaah!! Siapa dah rasa Eureka popcorn? Kalau tak cuba lagi... disyorkan untuk cuba. Mesti cuba! Memang terbaik popcorn ni. 

Saya suka makan popcorn seperti jenama Garett tapi lagi suka Eureka sebab ianya tak manis, packaging nya lebih menarik dan lebih banyak perisa available. Satu tin popcorn berharga RM8.40 (Semenanjung) dan RM9.40 (Sabah). Walau bagaimanapun ada certain perisa yang berbeza harga seperti Butter Caramel... satu tin berharga RM14.80 (Semenanjung) dan RM15.80 (Sabah).

Eureka Snack Bar dah ada 10 cawangan di seluruh Malaysia dan salah satunya berada di 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah (Terletak di booth, di bahagian Basement). Ada banyak lagi produk Eureka seperti Pop Rock Chocolate dan Taro Chips. 

Oh ya. Popcorn ni ada dua jenis iaitu Butterfly Popcorn atau Mushroom Popcorn. Butterfly popcorn ni yang selalu kita makan di cinema tu. While mushroom popcorn ni lebih besar dan berbentuk bulat. 

Eureka hanya menggunakan Non GMO maize sahaja. Apa itu GMO? GMO adalah "genetically modified organism". Nak tau lebih lanjut mengenai Eureka popcorn? Sila layari laman web Eureka Snack Bar. ^^ Eureka adalah produk keluaran Malaysia dan telah disahkan halal oleh JAKIM.

Sempena Tahun Baru Cina ni, ada promotion beli 3 percuma 1. Saya beli perisa Cheese, Caramel and Original. Percuma perisa Seaweed + sarung angpow.

Kad Eureka Snack Bar. 
Setiap kali pembelian, kad ni akan dicop untuk dapatkan percuma satu tin Eureka popcorn.

Valid untuk tempoh setahun.

Jom berkunjung ke Eureka Snack Bar


Kredit website Eureka Snack Bar

Sabtu, 21 Januari 2017

Review : Safi Balqis Krim Pelembap Malam

Sekarang ni dah malas nak cari produk yang mahal sangat sebab nanti result lepas pakai pun macam tu juga. Lagipun saya memang tak biasakan diri menggunakan banyak produk muka. Cukup ada toner, krim dan pencuci muka sahaja. 

Okay. Sampai ke hari ini produk Safi tak pernah mengecewakan saya. Dari toner sampailah ke krim... boleh dikatakan produk ini memang bagus, mampu milik dan yang penting ada logo HALAL. Orang berkulit sensitif seperti saya amat sesuai menggunakan produk ini.

Muka saya ni jenis yang berminyak tetapi dalam masa yang sama boleh jadi kering juga terutama jika terdedah dengan cahaya matahari yang terlalu lama atau kurang rehat (biasanya kalau travel jauh mesti kulit jadi kering). Mulalah kulit mengelupas. 

Salah satu cara adalah menggunakan mask muka tapi tu kalau kulit dah kering tahap kronik baru saya guna kaedah tu. Satu lagi cara menghilangkan kulit mengelupas ialah dengan menggunakan krim malam. Saya memilih Safi Balqis White Trilogy Krim Pelembap Malam. 

Sebenarnya saya tak menggunakan krim ni setiap hari. Hanya guna bila rasa nak atau jika kulit nampak kering. Paling banyak saya guna dalam satu atau dua kali seminggu kot... By the way, krim Safi Balqis ni antara krim malam terbaik yang saya pernah cuba. Lepas sapu kat muka sure tak melekit punya. Teksturnya light, sejuk dan sekata apabila disapu. 

Result - Keesokan harinya, kulit terasa lebih lembut, halus dan lembap. Kalau nak nampak result yang lebih berkesan, krim ini perlu digunakan setiap malam. Oh ya. Lagi satu... krim ni tak mahal. Tak sampai RM20 pun. Jadi memang berbaloi dengan hasilnya. 



Copy paste dari website Safi Balqis
Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS White Trilogy membantu proses pencerahan kulit dengan lebih intensif semasa anda tidur! Ia memelihara kulit agar tidak kusam dan bermaya serta memperbaiki kerosakan yang dialami kulit pada waktu siang.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengurangkan bintik hitam
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

BBQ di Jeti Lagi

Yeaaaaa.... sekali lagi kami buat BBQ dan lokasi seperti biasa di Jeti. Tempat paling strategik untuk lepak, makan, memancing dan menenangkan fikiran.

Mula-mula tu hujan lebat... mesti tak ada harapan nak buat BBQ di jeti ni. Tapi lepas tu dah tak hujan dah ^^ Weeehoooo. Dapat teruskan acara. Ada extra lagi sesi cabutan bertuah. HeHeHe. Hadiah tak ada lagi grand sangat. Cukup sekadar hiburan di petang hari.

Persediaan bahan mentah untuk buat bumbu perapan daging kambing, sayap ayam panggang dan sosej.

Tengok betapa cantiknya pemandangan laut dari UMS

Proses memanggang bermula. 

Ni chef cook nya

Tengok api bukan main kuat. Hahahaha! Cepat masak ayam.

Waktu petang yang indah

Sesi memasak diteruskan sampai malam. Ramai yang berkunjung datang dan pergi. 

Rabu, 18 Januari 2017

Day Trip Only BKI-KUL-BKI

Tengah tunggu kapal terbang nak berlepas.... Hajat nak tinggal satu malam tapi oleh kerana esok ada meeting.. tak jadi la nak stay. Nak stay sebab esok gaji, boleh shopping di Mitsui. KaKaKa! Walau bagaimanapun, bila fikir balik.... eh.... gaji bulan Februari lambat lagi. Dekat hujung bulan baru masuk. Tak boleh jadi ni sebab tengah bulan nak pergi travel lagi. Hujung bulan dah start semester baharu pula. Yuran!! Banyak guna duit oooowww -_-

Malam tadi tidur lewat.... jam 12 lebih, lepas tu bangun awal jam 0245AM... Mandi itu ini, bersiap then driver amik. Nak kejar flight jam 0615AM punya pasal... 

Pagi jam 1000AM meeting kat Putrajaya, lepas tu tengahari curi masa sekejap lawat Tun kerana tak berapa sihat. Cerita punya cerita... dah jam 0200PM. Kelaparan... pergi makan nasi ayam kampung dulu. Sepatutnya petang ni ada meeting lagi tapi oleh kerana tiba-tiba orang tu tak dapat datang sebab ada emergency... so tak jadi la. 

0700PM... flight balik ke Kota Kinabalu. Malam ni nak tidur awal sikit. Ngantuk weh.

Ok habis cerita.

-
-
-
-
Updated gambar dari kapal pada waktu malam

Isnin, 16 Januari 2017

Kenduri Ikan Besar

Sabtu lepas (14 Januari), kebetulan saya dan Hafiz baru balik dari rumah mummy. Dalam jam 7.40PM macam tu kalau tak salah. Hajat nak cari makan di area Kota Kinabalu. Tak juga lapar... saja nak amik angin. 

Tiba-tiba Prof call. Ni mesti ada something ni. Rupanya nak datang ke rumah bawa ikan sebab baru lepas pergi memancing di Kota Belud. Apa lagi... kami pun terus la tak jadi singgah minum. Beli barang sikit di Giant, lepas tu pulang rumah. 

Sampai rumah, dah jadi macam kenduri pula. Kuali besar yang jarang pakai pun dikeluarkan. Segala sudip, bekas kaca semua tu. Maklumlah.... tinggal dua orang saja + kucing. Lepas tu dengan nak menyiang ikan lagi... potong bawang... potong sayur etc... captain memasak adalah Prof. Saya dan yang lain assistant chef saja. Hahaha. Last-last, jam 11PM baru makan nasi. Tak apa. Janji makan.

Menu: Ikan kari, butter prawn, sayur kubis panjang + udang. Punyalah sedap masakan tu. Dah semua pun kelaparan. Bantai makan... lepas tu mereka pun balik dengan hati gembira. Hahaha.

Malam tu masak ikan macam ni punya besar

Ikan kari + kacang bendi

Makan malam di rumah. Jemput makan

Sabtu, 14 Januari 2017

Resepi : Sarapan Roti dengan Telur di Tengah

Bahan-bahan:
  • 1 keping roti Gardenia
  • 1 potong mentega
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk lada putih


Cara-caranya:
  • Buat lubang di tengah roti menggunakan acuan (saya guna acuan membuat donat).
  • Panaskan frying pan dan cairkan mentega
  • Masukkan roti dan pecahkan telur di tengah-tengah roti tersebut.
  • Biarkan seketika, tutup api dan angkat roti ke dalam piring.
  • Taburkan sedikit serbuk lada putih di atas telur untuk lebih perisa.


Saya hidangkan roti telur bersama roti keju panas.

JJCM : Mashawi Restaurant & Catering, Kota Kinabalu

Nah! Kepada peminat masakan Timur Tengah, boleh cuba di Mashawi restaurant yang terletak di Sepanggar, Kota Kinabalu berdekatan dengan Tang Dynasty Hotel. Nak tau lebih lanjut boleh buka Facebook Page Mashawi.

Atas saranan rakan-rakan yang pernah makan kat Mashawi, saya pun mencuba restoran ini. Memang tip top. Masakannya penuh perisa, harga berpatutan dan overall memang kena cuba juga makan kat sini.

Saya bukan peminat nombor satu masakan Middle East, tetapi di Mashawi tak mengecewakan langsung. So lepas ni akan jadi salah satu favorite food saya dan boleh pergi lagilah. πŸ–’


Saya order Arabic Mint Tea. RM3.50. Terbaik! Dan tak rasa manis sangat. Gelas besar. Sesuai dengan citarasa.

Roti pita...

Dengan stew kambing.

Chicken Mashawi. RM12.90. Ayam ni memang sedap. Rasa manis dan berperisa.

Dihidangkan sekali bersama coselaw dan sambal.

Rabu, 11 Januari 2017

Semak Nombor Pendaftaran Produk (Ubat / Kosmetik) di KKM

Cara-caranya:

1. Masuk ke Portal National Pharmaceutical Regulatory Agency Malaysia. Dan klik button "QUEST Products Search"

2. Kalau nak cari maklumat berkenaan ubat-ubatan, sila apply "All registered product other than cosmetics". Kalau nak cari info berkenaan kosmetik, sila apply "Cosmetic Products Only".

Paling senang search produk menggunakan "Product name" Dan taip produk apa yang kita nak cari. Contohnya kosmetik "Naruko"


3. List produk yang telah didaftarkan akan keluar.

Kredit kepada beautydiet.weebly.com kerana share info berkenaan cara semakan nombor pendaftaran produk di KKM ^^

Tukar Nama Wi Fi Streamyx (Model Innacomm W3410N)

Note - Setiap model mungkin mempunyai sedikit perbezaan bagaimana nak setting. Ini untuk model Innacomm W3410N.

Cara-caranya:

1. Sambung komputer dengan Internet

 2. Masuk ke link ini : http://192.168.1.1
Seterusnya akan keluar page seperti diatas.


 3. Masukkan Login dan Password
Login : tmadmin
Password : Adm@xxxx (xxxx ialah nombor 4 digit terakhir MAC ID. Nombor ini ada tertulis di kotak Wireless Modem yang warna jingga tu)

3. Dah login, masuk ke Quick Setup.
Tukar nama di ruangan "Wireless Network Name (SSID).
Klik button "Apply Changes" untuk save.



Thanks Barzul's Tech Blog kerana share info berkenaan cara nak tukar nama Wi Fi Streamyx ^^

Ahad, 8 Januari 2017

Bersihkan Lens dengan Lens Solution

Sekali sekala kena juga bersihkan cermin mata, skrin smartphone, lens teleskop dengan menggunakan solution khas agar barang-barang tersebut terus dapat digunakan, lebih clear dan nampak lebih baharu.

Hari tu pergi ke kedai menjual barangan Jepun; Daiso tengok apa yang menarik. Lepas tu teringat nak beli cecair pembersih cermin mata. Cari punya cari, ada pula jual di Daiso. "Electronic Cleaner" - sebab multipurpose. Boleh bersihkak permukaan peralatan elektronik sepertj handphone, skrin TV dan lain-lain. Tapi boleh juga guna untuk bersihkan cermin mata.

Electronic Cleaner. Boleh didapati di Daiso dengan harga RM5.30 sahaja.

Instruction : パガネクγƒͺγƒΌγƒŠ γƒΌ
1滴落とし, ζŸ”γ‚‰γ‹γ„εΈƒγͺどで拭き取って
ください. 
(Bunyinya lebih kurang macam ni. Titik sedikit cecair pembersih kaca dan lap menggunakan kain yang lembut dll)
-
-
-
-
-
-
Before and after 

Handphone pun boleh juga

P/S - Hanya gunakan sekali sekala sahaja

Sabtu, 7 Januari 2017

Main the Sims 4 Offline Menggunakan Origin

Bolehkah main The Sims 4 secara offline menggunakan akaun Origin? BOLEH!

Cara-caranya:

1. Yang penting anda ada akaun Origin. Login akaun seperti biasa walaupun tengah offline.


2. Lepas tu akan keluar notification "You're offline". Pedulikan notification tersebut.

3. Klik gambar The Sims 4 tadi tu, dan klik button Play.


4. Lepas tu akan keluar lagi notification "You Are Offline". Seperti biasa tak perlu peduli dan klik icon > (Play).

5. Dah boleh main tanpa online