Ahad, 31 Disember 2017

Backpackers Disember 2017, Part 3 - Ranau

Pada hari ketiga, kami berkunjung ke kawasan pelancongan sekitar Ranau. Selepas check out dan bersarapan pagi, kami terus ke Poring Hot Spring. Kali terakhir saya ke sini pada tahun 2010. Jom tengok post lama saya di sini.

5. Poring Hot Spring (Canopy Walkaway)
Bagi pemegang MyKad, bayaran masuk ke Poring ialah RM3 sahaja. FYI - Sekiranya nak pergi ke sini pada hari cuti, lebih baik pergi waktu pagi sebab kalau tak... ramai orang. 

Poring Hot Spring dah banyak berubah. Dulu masa kecil saya pernah ke sini juga. Waktu tu memang tak cantik macam ni. Cuma ada kolam air panas sahaja (tak ada tiles, paip etc). Masih dibenarkan rebus telur di dalam kolam tu lagi. Heheh...

Masa kami pergi tu, Gua Kelawar dan Air Terjun Kipungit ditutup akibat cuaca yang kurang baik. Jadi kami hanya ke Canopy Walkaway sahaja. 

Sekarang laluan ke Poring Hot Spring dah cantik.

Dulu masa kecil, saya ikut laluan jambatan gantung yang ni.

-
-
-
-
-
Canopy Walkaway on the go
Me, Khai dan Nazry. Hafiz tak ikut naik.

Untuk masuk ke Canopy Walkaway, bayaran dikenakan sebanyak RM3. Manakala untuk kamera dikenakan RM5 setiap satu. Masa dah sampai ke jambatan kanopi tu, tiket akan diperiksa sekali lagi okay. Setiap jambatan boleh memuatkan maksimum enam orang sekali jalan. FYI - Masa nak naik ke sini.. keadaan jalan sedikit berlumpur. So kena berhati-hati.


Canopy walkaway ini setinggi 180 meter di mana ianya lebih tinggi dari bangunan lapan tingkat! Sesiapa yang gayat boleh berhadapan dengan ketakutan anda di sini. Berbaloi!


Lihat pemandangan jambatan dibawah jambatan ini.

Ada air terjun ♡



-
-
-
-
-
Selesai sahaja menikmati keindahan alam di Canopy Walkaway, kami bersiar-siar sebentar di kawasan kolam air panas. Masa ni dah nak dekat tengahari. Orang pun ramai.
-
-
-
-
-
-



-
-
-
-
-
-
-
-
-
6. Trail ke Lombong Mamut

Sebenarnya selepas dari Poring Hot Spring, kami ingat nak pergi ke Arnab Village. Tapi ntah tiba-tiba rasa nak ke Lombong Mamut. Kawasan ini dahulunya adalah kawasan lombong copper, namun operasi terpaksa dihentikan pada tahun 1999 kerana berlaku limpahan air bercampur tembaga dimana ianya merosakkan tanaman dan binatang ternakan penduduk setempat.

Walaupun lombong ini telah ditutup, tetapi kepekatan logam di dalam air kawasan lombong masih pekat. Anda perlu berhati-hati sekiranya ingin pergi ke tempat ini dan sebaiknya memohon kebenaran pihak berkuasa tempatan. 

Jalan ke Lombong Mamut kira-kira 30 minit dari jalan utama. 


Masa on the way ke sana, pada suatu ketika tu keadaan jalan tak berapa bagus. Oleh kerana tak nak amik risiko, so kami teruskan dengan berjalan kaki sejauh 2.4KM. 

Kawasan Lombong Mamut ini adalah kawasan hutan simpan. Jadi kena berhati-hati ketika berjalan di sini. Namun begitu, pemandangan di sini memang cantik. Dengan angin yang bertiup sejuk, udara yang segar dan bunyi air mengalir begitu mengasyikkan. Tengok la lumut di kawasan tanah tinggi ni.

Terjumpa katak ^^

Akhirnya sampai ke kawasan sempadan untuk turun ke Lombong Mamut. Sebenarnya perlu melepasi pagar ni lagi dan perlu berjalan kaki untuk sampai ke kawasan tersebut. 

Tapi oleh kerana kami just santai dan tak nak tanggung apa-apa risiko memandangkan di situ ada signboard amaran, jadi kami berpatah balik selepas tu.

Pemandangan di sekitar yang begitu cantik.


Seronok trekking di sini. Suatu hari nanti pasti akan sampai ke Lombong Mamut. :-) FYI - Selepas dari kawasan sempadan tadi, ada anjing ntah datang dari mana escort kami balik sehingga ke kereta. Terima kasih kepada anjing tu. Harap berjumpa lagi ^^. 

P/ S - Sebenarnya ada beberapa kejadian mistik sepanjang aktiviti backpackers kami di Sandakan, Kinabatangan dan Ranau. Saya akan ceritakan di next post. 

Sabtu, 30 Disember 2017

Backpackers Disember 2017, Part 2 - Sandakan & Kinabatangan

Kami meneruskan destinasi pada hari kedua. Awal pagi dah bangun dan terus check out dari hotel. Tapi sebelum tu singgah makan di restoran Cina Muslim di Sandakan iaitu Alice's (since 1989). Restoran ni menyediakan dimsum sedap dan popular di kalangan penduduk tempatan. Selain itu, ada pelbagai menu lain juga boleh menjadi pilihan seperti mi goreng, bubur nasi, aneka jenis pau, nasi goreng, kuih muih tradisional dan lain-lain.

Sedapnya pau sayur, dimsum dan kaki ayam masak kicap.

Antara menu dan harga di restoran Alice.

Mihun goreng Singapore dan ayam BBQ pun sedap juga. Kena makan banyak sebab nak jalan jauh lepas ni. Hehe...

Sekiranya nak membuat tempahan di Alice's, boleh call di nombor tertera. Penghantaran valid ke Miri, Kuala Lumpur dan seluruh Sabah. Okay. Selepas mengira destinasi kelmarin... jadi pada hari ni saya letak sebagai destinasi ketiga. 

-
-
-
-
-
-
-

3. Agnes Keith House
Ini merupakan kali kedua saya melawat ke Rumah Agnes Keith. ^^ ♡ Yeay! 

Jangan lupa dapatkan pas sehari sebelum melawat ke Rumah Agnes Keith. Pas yang sama boleh digunakan untuk masuk ke Muzium Sabah, Kota Kinabalu dan Muzium Agop Batu Tulug di Kinabatangan.

Ini adalah main entrance ke Rumah Agnes Keith.

FYI - Sebelum masuk, perlu buka kasut dulu. Taadaaa. Ini adalah peti ais lama milik Agnes Keith suatu ketika dulu.

Vintage things ♡_♡ Mesin jahit seperti tu masih ada di rumah my mum dan masih boleh digunakan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

4. Gua Gomantong
Sebenarnya inilah tujuan utama kami, berkunjung ke Gua Gomantong. Memang dah lama nak pergi dan inilah masanya. Akhirnya sampai ke sini juga ^^ Hooraayy!

Gua Gomantong terletak di Hutan Simpan Gomantong dan pengurusannya berada dibawah jagaan Jabatan Hidupan Liar. 

Gua Gomantong mempunyai dua entrances iaitu ke Simud Hitam dan Simud Putih. Simud Hitam dibuka untuk orang awam. Bayaran masuk sebanyak RM5 dikenakan untuk pemegang MyKad. 

Sekiranya nak masuk ke Simud Putih, boleh memohon kebenaran khas dari pihak pengurusan. FYI - Untuk ke Simud Putih, perlu peralatan khas untuk mendaki kerana entrance berada di sebelah atas. Entrance tersebut boleh dilihat dari Simud Hitam.

Untuk masuk ke Gua Gomantong, dinasihatkan untuk menggunakan attire yang sesuai. Keadaan trail terutama selepas hujan ialah licin. Jangan lupa bawa mask mulut sekiranya tak tahan bau najis kelawar di dalam gua. Trail ke Gua Gomantong tak jauh. Lebih kurang dalam 15 minit dah sampai ke entrance Simud Hitam.

Sewaktu di dalam perjalanan... rajin-rajin untuk melihat sekeliling. Mungkin akan terjumpa serangga atau binatang yang jarang dijumpai. :-)

Di dalam perjalanan... kami terjumpa lipan. >.<

Dan orang utan ♡_♡ Oleh kerana gua ini terletak di kawasan hutan simpan, jadi boleh nampak banyak species binatang yang dilindungi. Kira bertuah dapat tengok dua ekor Orang Utan pada waktu itu. 

Ulat mentibang (kaki seribu) bersaiz besar. Sekali ganda dari saiz biasa.

Akhirnya dah sampai ke pintu masuk Simud Hitam, Gua Gomantong. Dari luar dah boleh hidu bau najis kelawar. 

Suasana di dalam gua batu kapur ini. Keadaan agak gelap, jadi boleh bawa lampu suluh untuk jejak trail dan sekiranya nak cari serangga rare di dalam gua ini. 

Gua ini sangat besar (90 meter) dan cantik. Angin bertiup sepoi bahasa menyejukkan badan. Dari sini kita bolej dengar suara orang yang tengah mendaki ke Simud Putih.

Gua Gomantong popular dengan sarang burung layang-layang dan. Sarang burung yang dihasilkan di sini merupakan terbaik dunia. Ada dua jenis sarang iaitu sarang hitam dan putih. Sarang hitam boleh mencecah harga sehingga RM4000 sekilo, manakala sarang putih berharga RM7000 sekilo. 



Di dalam gua ni ada banyak lipas termasuk di celah trail. Kepada yang tak suka lipas, berhati-hati ketika masuk. :-)

Sarang labah-labah di dalam gua. Kalau sarang pun besar macam ni... tentu labah-labahnya pun besar juga.





Keadaan trail yang agak licin dan dipenuhi najis kelawar.


FYI - Rules and regulation

Ini adalah pejabat lama yang ada di kawasan parking kereta dan kaunter reception masuk ke Gua Gomantong.

-
-
-
-
-
-
-

4. Muzium Agop Batu Tulug

Destinasi seterusnya ialah ke Muzium Agop Batu Tulug yang terletak lebih kurang 30 minit daripada Gua Gomantong. Masa kami pergi ke sana, kebetulan hujan renyai-renyai. Jadi tangga naik ke atas agak licin juga. Hati-hati!

Untuk masuk ke muzium ini boleh menggunakan Pas Sehari Muzium Sabah. Kalau tak ada pas, boleh beli di kaunter dengan harga RM2 sahaja.



Tangga naik untuk tengok keranda di dalam Gua Batu Tulug. Ada tiga bahagian iaitu Agop Sawat (tingkat teratas), Agop Lintanga (di bahagian tengah) dan Agop Suriba (tingkat bawah). Gua ini telah digunakan untuk menyimpan keranda sejak 500 ke 900 tahun dahulu.

"Agop" adalah di dalam bahasa Sungai dan bermaksud "gua". Sebanyak 125 buah keranda telah disimpan di Agop Sawat dan Agop Lintanga.

Keranda diperbuat daripada kayu belian dan diukir dengan corak binatang yang berbeza-beza.


Keadaan gua yang gelap

-
-
-
-
-
-

Sebelum memulakan perjalanan ke Ranau, kami singgah makan di checkpoint Batu 32.
Gado-gado

-
-
-
-
-
-
-
-

Malam tu kami menginap di Slagon Homestay Ranau. Apa yang best berkenaan homestay ni, suasana sunyi bertemankan bunyi sungai mengalir. Sesuai kepada yang sukakan ketenangan.

Ruang rehat gunasama homestay ini. Harga semalam lebih kurang RM67 sahaja. Boleh buat tempahan di Agoda.



Keadaan homestay di waktu siang.