Sabtu, 17 Disember 2016

Wi-Fi Dalam Kapal Terbang : roKKi Wi-Fi

Kepada yang menaiki penerbangan Air Asia tentu takkan merasa bosan lagi kerana sekarang dah boleh menggunakan Wi-Fi untuk berhubung dengan rakan-rakan. Perkhidmatan Wi-Fi ini adalah daripada rokki.com dan boleh dibeli semasa berada di dalam atau sebelum menaiki penerbangan.

Kalau nak beli sebelum naik kapal terbang boleh terus memasuki laman web rokki.com dan purchase perkhidmatan Wi-Fi. Manakala kalau dah berada dalam kapal terbang pula:
  • (Dalam mode flight), buka pilihan Wi-Fi connection dan pilih Wi-Fi rokki.com
  • Masuk laman web www.rokki.com
  • Masukkan nombor flight (AK sahaja) untuk check sama ada kapal dilengkapi perkhidmatan Wi-Fi atau tak.
  • Purchase secara tunai atau kad kredit. Harga adalah seperti berikut:

Sebelum penerbangan, harga yang ditawarkan lebih murah iaitu:
  • Pakej 3MB - RM8 (WhatsApp, Line, Viber etc)
  • Pakej 10MB - RM17 (Light Internet)

Manakala semasa penerbangan pula, harga adalah seperti berikut:
  • Pakej 3MB - RM9
  • Pakej 10MB - RM18

Kalau tak cukup MB boleh purchase more. Sekali purchase sekali guna okay ^^

Setakat ni saya puas hati dengan servis Wi-Fi ini. Nak WhatsApp pun laju jer. ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!