Isnin, 19 Disember 2016

Timberland Women Boat Shoes... Akhirnya

Ooohh yeaaahh!! Akhirnya saya dah beli kasut yang saya nak iaitu boat shoes from Timberland. Punyalah happy. Kenapa saya suka sangat kasut ni? Sebab ianya selesa dipakai, favorite color saya dan of course kerana ianya Timberland! Sekarang ni saya minat betul warna kelabu. Tak tau la kenapa tapi warna ni cam cantik pula. 

Okay, by the way kalau nak beli barang berjenama seperti Clarks, Nike, Rockport, Hugo Boss, Hyper Gear, pelbagai jenis perfumes dan macam-macam lagi dengan harga yang murah, anda boleh ke Mitsui Outlet yang terletak di Sepang, tak jauh dari KLIA 1 dan 2.

Jangan risau kalau lugage anda banyak (kot susah nak shopping), anda boleh simpan semuanya terlebih dahulu di kaunter check in ticket yang tersedia di tepi bangunan Mitsui. Nak check in ticket kapal pun boleh juga. Dan.... dari KLIA 1 dan 2, anda boleh naik shuttle bas yang sentiasa bergerak ke Mitsui - KLIA setiap 20 minit. Tak perlu bayar. Ianya percuma. 

Harga kasut ini jauh lebih murah jika dibeli di outlet berbanding boutique. Kat boutique Timberland, kasut ini berharga RM499. Manakala di outlet... tentulah saya dapat lebih murah dari ini. FYI - Kasut ini bertali tapi saya simpul sampai jadi macam tu.

Tumberland sentiasa menjaga kualiti barangan. Lihat cara jahitannya yang kemas.

Sempat juga membeli

Website TImberland Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!