Khamis, 22 Disember 2016

JKCM : Texas Chicken, I ♡

Di Sabah dan Sarawak memang tak ada buka lagi cawangan Texas Chicken, tapi kalau pergi area Kuala Lumpur, Selangor atau Negeri Sembilan confirm jumpa restoran ni... termasuklah di KLIA2. 

Kenapa saya suka Texas Chicken? Satu, kerana ia mempunyai signature sauce iaitu BBQ dan honey mustard, kedua... boleh refill air carbonat secara free, ketiga.... roti lembut kerak manis yang sedap, serta empat... tentulah ayam Texas begitu lazat & rangup + bersaiz besar.

Pelanggan Texas Chicken di KLIA2 tak pernah putus, dan kepada yang tak rasa lagi ayam Texas... saya syorkan anda untuk mencubanya. Actually restoran ni lebih kurang sahaja seperti restoran fast food yang lain, cuma resepi Texas Chicken mempunyai keunikannya tersendiri. 

Puas minum Coke Zero, my favorite. Boleh refill secara percuma (self service)

Ayam Texas, spicy. Beserta bun kerak manis.

Texas Chicken 👍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!