Isnin, 12 Disember 2016

Review : Skin Food Black Sugar Mask Wash Off

Produk kecantikan Korea kini dah banyak yang masuk pasaran Malaysia. Rata-rata produk tersebut berasaskan bahan semulajadi dan dijual dengan harga mampu milik. Walaubagaimanapun, pengguna tetap perlu berhati-hati menggunakan produk-produk kecantikan terutama yang tidak mendapat kelulusan dan dijual secara terbuka. 

Saya lebih suka memilih produk berjenama yang dijual di kedai dan mempunyai franchise kerana kualitinya lebih terjamin. Terbaharu saya mencuba produk Skin Food Black Sugar Mask Wash Off. Dah lama saya ingin menggunakan mask ini, dan akhirnya berjaya juga memilikinya.

Skin Food Black Sugar Mask Wash Off buatan Korea ini boleh didapati di mana-mana cawangan Skin Food atau nak lebih senang, boleh beli secara online melalui Hermo.my. Satu unit mask 100g ini berharga RM24 sahaja (saya beli online). Cukup untuk kita gunakan seminggu sekali atau dua kali sahaja.

Selepas menggunakan mask ini, anda akan terasa kulit anda sangat halus dan lebih lembut berbanding menggunakan face wash. Perasaannya sama seperti kita menggunakan mandi lulur, terus kulit lembut serta merta. Skin Food Black Sugar Mask Wash Off juga membantu menanggalkan kulit mati dan menjadikannya lebih glowing. Kalau tak percaya cubalah.

Ramai pelanggan memberi kesan positif selepaa menggunakan produk ini, termasuk saya. Walaubagaimanapun, oleh kerana tekstur black sugar agak sedikit kasar, dicadangkan untuk basahkannya sedikit terlebih dahulu sebelum digossokan ke muka. Kalau tak... rasa sakit skit la. 

Aroma mask ini juga begitu manis dan rasa macam nak makan pun ada. 




Teksturnya sedikit kasar, tetapi tak melekit. 

Selepas menggunakan Skin Food Black Sugar Mask Wash Off.

2 ulasan:

  1. Haii nama sy ain.
    Nak tanya ok ke jenama skinfood ni? Saya pernah beli juga mask dari skinfood rice mask wash off kalau tak silap.

    Mula tu mmg teruja tapi lepas tgok igredient dia terus rasa menyesal sbb ada adik beradik paraben and mineral oil yg katanya bahaya. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Ain. Setakat saya menggunakan Skin Food ini tidak mendatangkan kesan kepada saya. Untuk Skin Food Black Sugar Mask telah didaftarkan di bawah KKM dengan kod NOT141000367K. untuk maklumat lanjut berkenaan produk ubat-ubatan atau kosmetik yang berdaftar dibawah KKM, saudari Ain boleh melayari laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency Malaysia di link ini :

      http://npra.moh.gov.my/

      Harap membantu ^^

      Padam

Terima kasih!