Khamis, 22 Disember 2016

Review : Safari Hotel, Ampang (Budget Hotel)

Nanti saya nak taip tips jimat berjalan kalau ke Kuala Lumpur - update dari story saya yang dah taip beberapa tahun dulu. Sekarang dah boleh lagi jimat berbanding dulu sebab lagi banyak kemudahan dan cara boleh digunakan.

Okay. Nak buat review Safari Hotel, Ampang. Baru-baru ni saya ke Kuala Lumpur lagi atas urusan keluarga (sebenarnya cousin kahwin). Memandangkan majlis buat kat Ampang, so paling senang hotel pun kena area berhampiran juga. Penerbangan kali ni punyalah jimat. Untuk saya dan Hafiz... tempat penginapan (tiga hari dua malam) + tiket penerbangan (bulan Disember tiket mahal okay)  hanya RM900 sahaja. Kira murah la tu (nanti saya bagitau apa tips nya). Means RM450 seorang.

Kali ni saya memilih Hotel Safari. Untuk yang nak berjimat dan strategik, boleh pilih Safari Hotel. Saya booking under OYO Room... dapat RM69 semalam (no window). Kalau nak walk-in... harga RM110 satu malam (ada window). Benda lain yang best berkenaan hotel ni ialah sekelilingnya banyak kemudahan seperti tempat makan, farmasi dan tak jauh dari Ampang Point. Hotel Safari ni ada Hotel Safari 1 dan 2. Mana-mana pun okay dan berdekatan juga... tapi saya amik Hotel Safari 1 (signboard besar sikit).

Selain itu, kemudahan asas seperti water heater, towel, almari pakaian, sabun, tisu, wireless Internet dan iron (kena pergi sudut iron kat luar bilik) juga ada disediakan. Cukup untuk berehat dan tidur.  

Lihat sahaja kemudahan di sekeliling Hotel Safari. Parking awam pun ada, cuma siang hari full la. Kalau malam senang nak cari parking.

-
-
-
-
-
-
-
-
Tak boleh nak expect lebih kalau hotel bajet, tapi Hotel Safari menyediakan kemudahan asas yang baik. Cukup untuk tidur dan berehat.

Tandas yang luas

Ada hot water juga. Cuma yalah... Kalau booking harga paling jimat ni, kadang-kadang mesti ada something yang slack. This time, air tak berapa hot sangat la. Tapi masih okay.

TV ada beberapa siaran termasuk Astro Channel (movie). Ada channel yang terang, ada yang kureng terang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!