Sabtu, 3 Disember 2016

Review : Nivea Care & Color

Antara barang kosmetik yang kena ada dalam beg mekap saya adalah lip balm. Bagi saya, lip balm memang diperlukan untuk elak bibir kering dan merekah, lebih-lebih lagi jika bekerja di dalam aircond.

Antara jenama lip balm pilihan saya dari dahulu adalah Nivea. Dan sekarang ni Nivea ada mengeluarkan produk terbaharu iaitu Nivea Care & Color. Harga seunit ialah dalam RM11+ sahaja. Boleh didapati di mana-mana kedai dan farmasi terpilih. 

Sebelum ini saya menggunakan lip balm Nivea yang perisa buah-buahan tu. Sama juga fungsinya tetapi teringin nak cuba produk keluaran terbaharu ini. Tertanya kualitinya tetap sama, tetapi mempunyai tekstur dan warna lebih menarik. 

Ada dua color available iaitu Red dan Pink. Saya amik warna red.

Begini keadaan sebelah dalam. Fragrance yang tak terlalu kuat, very smooth dan saiz yang mudah dibawa ke mana-mana.

Memiliki bibir sensitif dan tak boleh menggunakan sebarang produk, tetapi Nivea Care and Color begitu sesuai dengan saya. Untuk menjadikan warna terang, mula-mula saya akan apply lip balm dan sapukan sedikit gincu pada lapisan seterusnya. Warnanya tak terlalu terang dan nampak natural, cukup lembut di bibir, mudah nak apply dan tak menyebabkan sebarang alahan seperti bibir merekah.

Nak buat gradient lips pun boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!