Khamis, 22 Disember 2016

Review : Dr. Mist - Body Hygiene Floatation Fluid Spray - Untuk Masalah Bau Badan

Kepada yang mengalami masalah bau badan, tak boleh sembarang guna deodorant akibat kulit sensitif, ada luka-luka kecil atau mengalami masalah kaki berbau, sekarang dah tak perlu risau lagi dengan adanya Dr. Mist.

Produk ini tersangatlah efektif dan anda perlu mencubanya. Pada mulanya agak ragu-ragu juga sebab kulit saya jenis sensitif, jadi saya tak boleh nak guna sembarangan punya jenama. Memandangkan deodorant saya dah habis (sebelum ini saya gunakan Sebamed), rasa macam nak try jenama lain pula. Jadi saya pun belilah Dr. Mist ni. 

First time guna dah boleh rasa perbezaannya. Tak ada rasa melekit, badan sentiasa rasa segar dan tak ada berbau peluh ke apa ke disamping kulit tak ada rasa gatal-gatal. Bagi saya, ini adalah deodorant terbaik buat saya. Harga dijual dalam RM9+ (botol kecil 50ml) dan boleh didapati di Watsons, farmasi dan supermarket terpilih. Jika diberi bintang, saya akan bagi rating lima per lima bintang. Dr. Mist telah dianugerahkan several awards kerana keberkesanan produk ini. Ramai juga yang memberi komen positif selepas menggunakan Dr. Mist. 

Produk ini juga ada dijual di luar negara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ini boleh terus ke website Dr. Mist Malaysia.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!