Khamis, 8 Disember 2016

Review : Courtyard Hotel, 1Borneo

Book hotel through Agoda.com selalunya boleh dapat harga lebih murah berbanding walk in atau di atas talian. Walaupun selalunya tak ada masalah, kadang-kala masalah boleh timbul apabila diberikan bilik yang kiranya 'bajet habis' la. By the way, untuk individu yang tak kisah sangat tentang penginapan, please use Agoda.

REVIEW - Kali ni saya tidur di Courtyard Hotel, Kota Kinabalu... book melalui Agoda.com. Bilik bajet queen bed no window + breakfast + 150 Enrich Miles = RM128 sahaja untuk satu malam. Sebenarnya saya book hotel pada hari yang sama, sebab tu harga dapat RM100+. Jika saya book lebih awal, tentu dapat harga lebih murah.

Hotel ini bertaraf ☆☆☆. Basic facilities seperti iron, pengering rambut, air panas, buku menu makanan, toiletries, TV semua tu ada disediakan (TV tak banyak channel). Saiz ruang pula sederhana dan sesuai untuk dua orang. Apa yang best tentang Courtyard Hotel adalah bangunan attached dengan 1Borneo Hypermall. Reserved parking untuk pelanggan hotel juga disediakan, cuma kalau masa peak season... susah sikit nak cari parking terdekat. Masa nak cari number bilik ada sedikit keliru sebab ada yang tak ikut urutan number. 

Overall, bilik bajet di Courtyard Hotel memuaskan, selesa, sesuai dengan harga dan berada di tempat strategik.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!