Sabtu, 24 Disember 2016

Review : Ceylon Tea daripada Ahmad Tea - Wangi dan Sedap

Kepada peminat teh, jangan lupa untuk membeli Ceylon Tea daripada Ahmad Tea yang best ini. ♡ Saya berikan lima bintang!

Sebenarnya hari tu saya tengah mencari teh hijau Matcha Boh yang saya selalu minum. Tapi hampeh kerana tak ada stok. Oleh kerana malas nak singgah kedai lain dan terdesak mencari teh (kat office dah habis stok)... akhirnya saya membeli Teh Ceylon. Sebelum ni saya dah pernah juga minum teh ni (jenama lain), memang sedap. 

Kini saya mencubanya sekali lagi dan memilih jenama Ahmad Tea. Ternyata rasanya tak pernah berubah. Ceylon tea tetap Ceylon tea. Bagi saya, ianya minuman yang paling best selepas green tea. 
Sebenarnya Ceylon itu adalah nama lama Sri Lanka. Ceritanya pada tahun 1824, orang British bawa pokok teh dari China ke Ceylon (kini Sri Lanka) dan ditanam di Royal Botanical Garden, Peradeniya. Itulah first non commercial tea plantation di Sri Lanka. Lama-lama dah dikembangkan dan teh Ceylon mula dikomersialkan. Untuk maklumat lanjut berkenaan sejarah Ceylon Tea, klik link ini.

Berbalik kepada Ceylon Tea daripada Ahmad Tea, sekotak teh yang mengandungi 20 uncang dijual dalam harga RM10+. Satu uncang teh boleh buat teh banyak kali. Saya pun tak tau berapa cawan saya minum sehari... tapi balik-balik refill pun... rasanya tak akan berubah, malah semakin sedap. Oh ya! Tak perlu tambah gula kerana rasa authentic ceylon tea sememangnya best, tak ada rasa pahit dan baunya juga wangi. Nak buat teh panas pun boleh... sejuk pun boleh juga. 

Ada sesetengah teh... bila kita minum akan rasa pahit. Bila direndam terlalu lama pun rasa pekat sangat. Tidak untuk ceylon tea. Setiap kali saya minum ceylon tea, mesti akan puji rasanya yang lazat. Antara kebaikan ceylon tea tentunya untuk detox, mengurangkan berat badan dan menambah mood anda seharian. 

Cubalah. ! ♡


Ceylon tea daripafa Ahmad Tea

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!