Ahad, 11 Disember 2016

Relax Sabtu

Mula-mula banyak sangat plan. Nak ke Kundasang la... Tambunan la... Kudat la... macam-macam la. Tapi bila fikir balik tentu beberapa tempat ni mesti ramai orang sebab tengah cuti sekolah. Tengok Agoda, rata-rata bilik hotel dah fully booked. Akhirnya... baik relax kat rumah sahaja. Paling-paling pun jalan ke KK, cuci mata dan lepak minum teh.

Kelmarin hari Sabtu, mama ajak buat family gathering. Jadi kami pilih untuk buat di TH Hotel KK. Lagipun makanan ala Middle East di sana boleh tahan juga. Kebetulan uncle dari Penang datang mai, sebab tu nak buat gathering terus. Yalah... bukan selalu jumpa.

Taaadaaa! Menu saya adalah beef shawarma. Sedap ♡_♡

Me with mama & Nora


After gathering, kami pun bersurai. Saya dan Hafiz pergi jalan-jalan area Suria Sabah dan Centre Point. Mula-mula nak pergi Imago tapi punyalah ramai orang. Nak masuk dalam pun jem. Lastly pergi tempat lain. 

Dah penat berjalan, sempat pergi Helen Beauty Reflexology di Sembulan untuk massage kaki. Relax... 😪

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!