Selasa, 6 Disember 2016

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 9

Nah. Terpulang la percaya atau tak. Saya share sahajalah cerita saya ni.

Okaylah... memang tempat kerja saya kadang-kadang menakutkan. Biasalah. Bangunan lama. Kalau rasa lain macam, baik balik awal. Banyak dah peristiwa yang pelik berlaku, tapi ni antara yang terbaharu pernah dialami.

Masa tu dekat jam 6, dah nak masuk Maghrib. Orang kata... tak bagus cerita hantu kalau hari dah nak malam. Tapi tau la, kadang-kadang terlalu excited. Saya dan dua orang kawan saya ni cerita pasal benda mistik ni. (Kawan saya cerita selalu bunyi bising dalam rumah. Rupanya ada 'benda' ikut masuk, tak nak keluar). Lepas tu, dua orang kawan saya ni pun balik rumah... Tinggal la saya sorang sebab kena tunggu kelas malam lagi. 

Dalam jam 0620PM, keadaan sunyi. Aircond pun dah off (aircond centralized). Semua orang dah balik kecuali saya dan staff saya sorang lagi (di bilik hujung). Tengah menghadap PC, tiba-tiba dengar bunyi blind tingkap belakang bergoyang... pusing sehinggalah ke blind sebelah tingkap kiri. Tapi yang peliknya, tak nampak pun blind tu bergoyang ke apa. Bunyi sahaja. I'm sure bunyi tu memang datangnya dari blind tingkap sebab kalau pasang kipas, begitulah bunyi blind tu. 

Tapi time tu saya tak pasang kipas dan tak buka tingkap pun. Then saya pun tengoklah tepi tingkap... kot kot ada tikus ke, benda lain ke... tapi tak ada juga. Tiba-tiba ceiling saya pula berbunyi kuat. Macam ada orang berjalan. Nak kata tikus... tak pernah perasan bunyi tikus selama ni. Ni la first time dengar ceiling tu berbunyi macam tu. Lagipun... kalau betul la tikus... tentulah bunyinya lebih ringan berbanding apa yang saya dengar tempoh hari. Lebih kurang jam 0645PM... saya pun blah pergi kelas. Malas nak fikir banyak. 

Kronologi pergerakan tu lebih kurang macam ni la. (Rujuk anak panah hijau).

Keesokan harinya... kawan saya yang kelmarin tu cerita dah tak ada 'benda' buat kacau dalam rumah dia lagi sebab dah minta tolong orang halaukan. Terus saya pun teringat cerita saya semalam. Mula-mula tak ada juga fikir apa sangat, tapi pandai jadi curiga juga. 

Kebetulan ada kawan saya sorang ni kiranya sixth sense dia kuat. Saya pun bagitau dia yang semalam dengar bunyi blind bla bla bla. "Hantukah??".

Terus dia bagitau, 'oooo... ada perempuan berdiri di belakang kerusi. Memang penghuni tetap di office'. Lepas tu terus teringat yang blind tu memang start berbunyi dari tingkap belakang. FYI - Saya tak ada bagitau kawan saya yang bunyi blind datang daru belakang. Dia yang dapat detect sendiri. 

Ya... memang betul ada 'benda' tinggal di office saya nih. Ramai! Dulu masa pegawai lain bertugas di sana pun pernah kena juga. Lagi dashyat sebab nampak benda putih terbang di luar tingkap. Ada yang nampak asap hitam berkepul terbang la... apa la. Macam-macam la.

Apa-apapun... semuanya terjadi di atas kuasa Allah S.W.T

Sekian cerita saya. Terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!