Selasa, 13 Disember 2016

Partey before Presentation

Ini cerita hari tu.... baru nak bagitau sekarang.

Minggu ni adalah minggu last kelas... lepas tu bermulanya study week. Lepas X-Mas... exam bermula. Jeng jeng jeng! Harap dapat jawab dengan jayanya. 

Okay. Hari tu ada group presentation sebenarnya. Tapi petang sebelum kelas tu, ntah tak ada mood nak duduk office. Lagipun dah jam 5 lebih. Masa kerja pun dah habis. Lastly lepak kat jeti layan orang pancing ikan. Kebetulan pula ada BBQ kena buat. Apa lagi... rezeki jangan ditolak. Makan free la. 

Panggil Kak D.K sekali mai. Padahal malam tu ada presentation. Ntah la... nak rasa gemuruh pun tak ada dah. Buat relax dah la. Ini la penyakit hujung tahun. Rasa cam nak cutiii saja. Nak datang kelas pun cam nak tak nak. Adedeiii...

Lately, jarang pergi memancing dah. Sebab masa tak ngam. Yang lain selalu memancing lewat. Dalam jam 11PM baru nak start memancing sampai la ke pagi. Sebab ada yang amik cuti, tu yang masa memancing pun berubah dah. Tak larat nak tunggu... Esoknya kena kerja lagi. -_-

Sebelum presentation, partey dulu. Makan ayam panggang, mee goreng dan macam-macam lagi la. From left : Kak D.K (classmate), Prof & me.

Presentation bermula. Hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!