Sabtu, 3 Disember 2016

Maneki Neko Mug : Cerita di sebalik Tabir

Taaadaaa! Setelah sekian lama menggunakan Mug Libra hadiah birthday dari kawan... akhirnya saya tukar dah kepada mug baharu. Maneki Neko Mug ♡. Sebenarnya mug ni pun dapat sebagai hadiah birthday juga. Haaa.... tapi bukan birthday saya. 

Okay, macam ni ceritanya. Saya, Prof dan Nurul (PA Prof) berpakat beli hadiah birthday untuk Pakcik Barawit (driver Prof). Yalah... lagipun dah nak pencen tak lama lagi, tak salah sambut birthday sama-sama. Okay. Then kami pun belikan la jaket sebab Pakcik Barawit suka pakai jaket.

Masa buat surprise (sekali dengan beberapa bucket KFC), rupanya jaket tu sempit sedikit. Maka saya dan Pakcik Barawit pun pergilah tukar di kedai tempat kami beli tu. Walaupun dah diketahui kedai dan harga hadiah... tak apa la. Nak buat macam mana.

Time tukar tu, rupanya tak ada saiz yang Pakcik Barawit nak. Terpaksalah beli jaket lain yang sama lebih kurang. Lastly dapat jugalah jaket yang berkenan tapi harganya murah sedikit berbanding yang sebelumnya. Jadi dapatlah baki dalam RM12 kalau tak salah. Tak boleh tukar ngan wang, jadi kena cari barang harga RM12. 

Pakcik Barawit pun tak tau nak beli barang apa lagi. Then saya la yang guna baki tu. Saya pun pilihlah mug neko ni... ^^ Harga RM12.90, jadi saya hanya tambah RM0.90 sahaja lagi.

Yipe!

Setiap hari boleh minum teh hijau sencha dengan gembiranya menggunakan mug ni.

Ting! Ada penutup yang cute lagi

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
JOM TENGOK MANEKI NEKO MUG YANG LAIN





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!