Ahad, 11 Disember 2016

Masih Rutin - Gym

Sekarang dah tak tau week ke berapa masuk gym. Tu pun tak ikut sangat jadual disebabkan tugas-tugas rasmi yang perlu dilaksanakan. 

Pantang ada free time, confirm saya akan ke gym (tak termasuk hujung minggu). Sibuk macam mana pun, kena juga curi masa untuk aktiviti sebegini. Setengah jam atau sejam pun jadilah. Yang penting bersenam. Kalau tak... terasa badan lemas, cepat penat dan ngantuk. Kebiasaannya saya akan pergi gym dengan kawan-kawan sekerja. 


Kebaikan bersenam ni bukan sahaja dapat membakar lemak, tetapi juga meningkatkan metabolisma badan, mengurangkan stress disamping detox badan (toxic keluar dari peluh). Pada hujung minggu, senaman terbaik buat saya adalah beriadah di kawasan kampus ataupun bersenam di rumah. Membuat kerja-kerja rumah juga membantu mengeluarkan peluh. Jom bersenam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!