Khamis, 29 Disember 2016

Ke Pulau Mengalum Sekali Lagi

Trip hari tu tak turun ke pulau (just di pinggir pantai). Kali ni sah-sah turun punya. Sebenarnya nak tengok tempat untuk program pada bulan Januari 2017 nanti. Hajat nak tengok tempat penginapan, kalau okay... boleh menginap kat sana. 

Honestly.... tak gembira sangat kerana kalau nak menginap di resort, kena ikut pakej yang ditetapkan termasuk perlu menggunakan boat yang disediakan (kami ada bot sendiri, just nak menginap di sana sahaja 😧). Nak round dan ambil gambar kawasan sana juga dilarang dengan alasan... kami tak amik pakej mereka. So... yah. Hanya dibenarkan amik gambar di kawasan jeti sahaja. By the way, thanks kepada staf yang incharge di sana kerana sudi melayan kami.

On the way ke Pulau Mengalum dengan harapan dapat hasil positif

Pulau Mengalum begitu cantik. Sebagai orang Sabah, kita ada hak untuk menikmati keindahan sekitar pulau yang berada di negeri kita sendiri. Pulau-pulau tak patut dijual dan perlu dijaga dengan baik. Just saying.

Gunung Kinabalu boleh nampak dari Pulau Mengalum. 

Pada pendapat saya, orang Sabah sepatutnya dikenakan yuran paling minima untuk mendaki Gunung Kinabalu. RM300+ untuk mendaki gunung... Urgh! Expensive. 


Posing kat jeti pun jadi la

Before that stop dulu tengah laut pergi memancing. Due to ada crew yang tak berapa biasa keadaan di laut (mabuk laut), kami pun take off awal la. 


Lastly memancing sat kat jeti

4 ulasan:

Terima kasih!