Isnin, 26 Disember 2016

JJCM : Bumbu Desa - Indonesian Authentic Food

Saya dah pernah makan di Bumbu Desa yang menyediakan masakan asli Indonesia. Tentunya makanan yang dihidangkan begitu special, pelbagai pilihan dan bila makan di Bumbu Desa, tiba-tiba pula teringat kenangan semasa di Jakarta dulu. Hehehe...

Sebenarnya restoran Bumbu Desa ini berasal dari Bandung, Indonesia tetapi dah expand cawangan di KLCC dan KLIA 2, Malaysia. Kalau hajat nak menikmati dan merasa makanan, Bumbu Desa adalah salah satu tempat yang menarik untuk dicuba.


Setelah penat berjalan area KLCC, Ice Lemon Tea jugalah dapat menghilangkan dahaga.

Saya order nasi ayam. Boleh pilih nak ayam bakar atau steam. Disertakan bersama sup (dimasak dengan kacang tanah dan rasanya sedikit manis tetapi sedap), salad, tempe, keropok belinjo dan nasi putih wangi. 

Ada banyak lagi pilihan makanan yang boleh dicuba di restoran ini. Jangan lupa untuk mencuba ayam bakar Bumbu Indonesia ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!