Sabtu, 3 Disember 2016

Borneo Ice Cream Rolls di 1Borneo Hypermall

Sekarang macam-macam cara aiskrim dibuat agar ia nampak menarik. Baru-baru ni saya telah mencuba ice-cream. Ia adalah kepingan ais-krim yang dicampur dengan buah-buahan dan beberapa bahan lain, kemudian digulung dan siap untuk dimakan.

Untuk mencuba gulungan ais-krim yang menarik ini, anda boleh berkunjung ke Borneo Ice-cream Rolls yang terletak di Basement, 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu. Harga per cup adalah RM7 sahaja.

Mula-mula kena pilih dulu apa flavor ais-krim yang kita nak. Lepas tu kena pilih buah dan bahan lain untuk dicampur ke dalam aiskrim. Cara pembuatannya... aiskrim akan dicurah di atas permukaan dan semua perisa yang kita pilih tadi akan dicampur sekali ke dalam ais-krim yang cair.

Dah sebati, ais-krim diratakan dan dalam beberapa saat akan menjadi sejuk beku. 

Kemudian ais-krim akan digulung dan dimasukkan ke dalam cup.

Pilih extra topping... dan taaadaa! Siap untuk dimakan. Yumm! Nampak macam sedikit tapi sebenarnya susah nak habiskan!

Note - Cawangan lain Borneo Ice-Cream Roll ialah di Tuaran berhampiran Milimewa supermarket dan di UTC Sabah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!