Khamis, 1 Disember 2016

Berehat di Sandakan

Habis sahaja Konvokesyen UMS hari ketiga pada petang 28 November, terus kami pecut ke Sandakan.... by road. Agak penat juga tapi masih okay lagi. Maksudnya... tiga hari berturut-turut sibuk bertugas... bangun awal... jam 0630AM dah terpacak di Dewan... until petang jam 0600PM baru balik. Kena berhadapan traffic jam lagi, nak makan lagi bagai, duduk rehat di rumah cuci kain, iron baju, tengok TV dan tertidur atas sofa sat... lastly betul-betul rehat dah jam 1100PM. Then sambung lagi keesokan harinya benda yang sama.

Saya adalah co-driver, jadi tak boleh tidur dalam kereta. Perjalanan pula mengambil masa selama 6 jam ke Sandakan.. lambat sikit la sampai berbanding selalu sebab time ni orang tengah bercuti... kereta banyak. Terutama area Kundasang.

Sampai Sandakan jam 1230AM. Syukur selamat sampai juga. Tu pun mata tak terus tutup. Tengok TV la apa la... akhirnya jam 0230AM baru dapat tidur. By the way, katil yang empuk memang terbaik. Tak kisahlah esoknya bangun awal. Janji dapat tidur.

Apa-apapun... kiranya tempat rehat hari tu di Sandakan. Yeay! Jauhnyalah.
On the way ke Sandakan nampak burung-burung yang cantik ni.

Perjalanan malam

Singgah makan di Kundasang sat.

Akhirnya sampai Sandakan. Ini pemandangan bandar Sandakan (keesokan paginya)

Sebenarnya tujuna kami ke Sandakan sebab ada kunjungan hormat dari University of Hertfordshire, UK. 
Me & orang penting. Big boss duduk belakang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!