Sabtu, 31 Disember 2016

Why Oh Why...

Okay. Ada dua papers lagi kena jawab lepas ni. Satu dah jawab pada 29 Disember. Honestly saya rasa exam masa Degree dulu lebih kurang dengan yang sekarang ni. Kalau program lain saya tak pasti pula... tapi untuk program yang saya amik ni, macam tu la nampaknya.

Yeap. Next papers will be on 3rd and 6th January 2017. Lepas tu boleh dah holiday (I mean... cuti semester). Kalau dibandingkan dulu dan sekarang, dulu study baik-baik (haha), sekarang ni tak macam dulu lagi (hahaha). Yalah. Dulu full time, semangat pun bukan main lagi. Lepas tu fikir kalau result tak baik mesti susah nak cari kerja. Sekarang ni objektif tak sama macam dulu. I don't expect A for every subject. Apa yang saya dapat... itulah kemampuan saya. ^^ Plus... saya belajar sebab saya nak, juga nak mendalami lebih knowledge dalam bidang ni. Further more? Tunggu la dulu.

By the way, bulan Februari ni saya bakal meninggalkan pejabat lama saya dan akan move to a new office. Dalam masa yang sama tentu akan rindu kengkawan dan my staff, dan juga rasa gembira kerana diberi peluang yang berbeza. Ya. Lagi banyak cabaran dan harap hujung bulan Februari tu lepas la cuti. Kalau tak... sia-sia tiket penerbangan saya. Uhukkk... uhukkk... yeappp! Hopefully this time punya trip pun seronok macam sebelumnya. Only two of us. Me and my BFF. Backpackers.

Esok dah tahun 2017. -_- I just don't care.

Khamis, 29 Disember 2016

Ke Pulau Mengalum Sekali Lagi

Trip hari tu tak turun ke pulau (just di pinggir pantai). Kali ni sah-sah turun punya. Sebenarnya nak tengok tempat untuk program pada bulan Januari 2017 nanti. Hajat nak tengok tempat penginapan, kalau okay... boleh menginap kat sana. 

Honestly.... tak gembira sangat kerana kalau nak menginap di resort, kena ikut pakej yang ditetapkan termasuk perlu menggunakan boat yang disediakan (kami ada bot sendiri, just nak menginap di sana sahaja 😧). Nak round dan ambil gambar kawasan sana juga dilarang dengan alasan... kami tak amik pakej mereka. So... yah. Hanya dibenarkan amik gambar di kawasan jeti sahaja. By the way, thanks kepada staf yang incharge di sana kerana sudi melayan kami.

On the way ke Pulau Mengalum dengan harapan dapat hasil positif

Pulau Mengalum begitu cantik. Sebagai orang Sabah, kita ada hak untuk menikmati keindahan sekitar pulau yang berada di negeri kita sendiri. Pulau-pulau tak patut dijual dan perlu dijaga dengan baik. Just saying.

Gunung Kinabalu boleh nampak dari Pulau Mengalum. 

Pada pendapat saya, orang Sabah sepatutnya dikenakan yuran paling minima untuk mendaki Gunung Kinabalu. RM300+ untuk mendaki gunung... Urgh! Expensive. 


Posing kat jeti pun jadi la

Before that stop dulu tengah laut pergi memancing. Due to ada crew yang tak berapa biasa keadaan di laut (mabuk laut), kami pun take off awal la. 


Lastly memancing sat kat jeti

Isnin, 26 Disember 2016

JJCM : Bumbu Desa - Indonesian Authentic Food

Saya dah pernah makan di Bumbu Desa yang menyediakan masakan asli Indonesia. Tentunya makanan yang dihidangkan begitu special, pelbagai pilihan dan bila makan di Bumbu Desa, tiba-tiba pula teringat kenangan semasa di Jakarta dulu. Hehehe...

Sebenarnya restoran Bumbu Desa ini berasal dari Bandung, Indonesia tetapi dah expand cawangan di KLCC dan KLIA 2, Malaysia. Kalau hajat nak menikmati dan merasa makanan, Bumbu Desa adalah salah satu tempat yang menarik untuk dicuba.


Setelah penat berjalan area KLCC, Ice Lemon Tea jugalah dapat menghilangkan dahaga.

Saya order nasi ayam. Boleh pilih nak ayam bakar atau steam. Disertakan bersama sup (dimasak dengan kacang tanah dan rasanya sedikit manis tetapi sedap), salad, tempe, keropok belinjo dan nasi putih wangi. 

Ada banyak lagi pilihan makanan yang boleh dicuba di restoran ini. Jangan lupa untuk mencuba ayam bakar Bumbu Indonesia ^^

Sabandar Leisure Rides, Tuaran - Cowboy Town

Sabandar Leisure Rides, satu lagi tarikan di Sabah yang patut anda kunjungi. Apa yang best mengenai tempat ini ialah kawasannya yang cantik ala cowboy town + dah tentu anda boleh menunggang kuda. 

Kalau nak menunggang kuda, available dari jam 0800AM - 1100AM dan 0200PM - 0600PM. Tempat ini dibuka setiap hari. FYI - Musim cuti sekolah selalunya orang ramai dan parking juga padat. Kalau nak datang juga, better awal sikit dalam jam 0900AM macam tu supaya senang nak parking. 

Di manakah Sabandar Leisure Rides? Jumpa sahaja roundbout ada statue kuda, lepas tu terus masuk ke Sabandar (masuk kiri kalau anda jalan dari Gayang). Lepas tu anda akan lalu kat Sabah Turf Club, dan anda dah tak jauh dari Sabah Leisure Rides! Apa-apapun, Google Maps atau signboard juga available sekiranya anda masih ragu-ragu berkenaan lokasi tempat ini. 

Jom saya kongsi sikit gambar :

Welcome to the cowboy town

♡_♡ kuda paling nice



Nak bagi makan kuda pun boleh. RM2 untuk seikat rumput. Boleh beli di area kandang kuda tu juga.

♡♡♡♡

Setiap kuda diberikan nama

Musim cuti sangat ramai orang. Best. Lagi meriah.

Nak menunggang kuda pun boleh. RM15 sekali tunggang

Cowboy town ♡ Nak buat wedding photoshoot pun boleh!

Ahad, 25 Disember 2016

Pokok Krismas Besar di KLCC (2016)

Selamat menyambut hari Krismas kepada yang meraikannya dan kepada yang lain... selamat bercuti-cuti Malaysia.

Just nak kongsi gambar pokok krismas yang besar dan tinggi di KLCC. Baru-baru ni kan saya ke Kuala Lumpur. Jadi masa jalan area KLCC tu, singgah dulu di area taman KLCC melihat pemandangan. Cantik sangat hiasan pokok krismas tu. 

Taaadaaa...! Pokok krismas di KLCC untuk sambutan Krismas tahun 2016

Tinggi!

Sempat amik gambar untuk kenang-kenangan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sempena tu nak kongsi juga gambar pokok krismas di pejabat kami

Ni pejabat Bahagian Keurus Setiaan dan Tugas Khas. Biasalah kalau lelaki yang hias. Janji ada

Ni pokok Krismas di pejabat kami. Hahahaha. Bajet tak sampai RM20. Thanks Kaison kerana menjual pokok dan hiasan Krismas dengan harga affordable

Pokok Krismas di Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa (sebelah pejabat kami). Lebih meriah dan cantik. 
Kredit foto : Khai

Sabtu, 24 Disember 2016

Review : Ceylon Tea daripada Ahmad Tea - Wangi dan Sedap

Kepada peminat teh, jangan lupa untuk membeli Ceylon Tea daripada Ahmad Tea yang best ini. ♡ Saya berikan lima bintang!

Sebenarnya hari tu saya tengah mencari teh hijau Matcha Boh yang saya selalu minum. Tapi hampeh kerana tak ada stok. Oleh kerana malas nak singgah kedai lain dan terdesak mencari teh (kat office dah habis stok)... akhirnya saya membeli Teh Ceylon. Sebelum ni saya dah pernah juga minum teh ni (jenama lain), memang sedap. 

Kini saya mencubanya sekali lagi dan memilih jenama Ahmad Tea. Ternyata rasanya tak pernah berubah. Ceylon tea tetap Ceylon tea. Bagi saya, ianya minuman yang paling best selepas green tea. 
Sebenarnya Ceylon itu adalah nama lama Sri Lanka. Ceritanya pada tahun 1824, orang British bawa pokok teh dari China ke Ceylon (kini Sri Lanka) dan ditanam di Royal Botanical Garden, Peradeniya. Itulah first non commercial tea plantation di Sri Lanka. Lama-lama dah dikembangkan dan teh Ceylon mula dikomersialkan. Untuk maklumat lanjut berkenaan sejarah Ceylon Tea, klik link ini.

Berbalik kepada Ceylon Tea daripada Ahmad Tea, sekotak teh yang mengandungi 20 uncang dijual dalam harga RM10+. Satu uncang teh boleh buat teh banyak kali. Saya pun tak tau berapa cawan saya minum sehari... tapi balik-balik refill pun... rasanya tak akan berubah, malah semakin sedap. Oh ya! Tak perlu tambah gula kerana rasa authentic ceylon tea sememangnya best, tak ada rasa pahit dan baunya juga wangi. Nak buat teh panas pun boleh... sejuk pun boleh juga. 

Ada sesetengah teh... bila kita minum akan rasa pahit. Bila direndam terlalu lama pun rasa pekat sangat. Tidak untuk ceylon tea. Setiap kali saya minum ceylon tea, mesti akan puji rasanya yang lazat. Antara kebaikan ceylon tea tentunya untuk detox, mengurangkan berat badan dan menambah mood anda seharian. 

Cubalah. ! ♡


Ceylon tea daripafa Ahmad Tea

Khamis, 22 Disember 2016

JKCM : Texas Chicken, I ♡

Di Sabah dan Sarawak memang tak ada buka lagi cawangan Texas Chicken, tapi kalau pergi area Kuala Lumpur, Selangor atau Negeri Sembilan confirm jumpa restoran ni... termasuklah di KLIA2. 

Kenapa saya suka Texas Chicken? Satu, kerana ia mempunyai signature sauce iaitu BBQ dan honey mustard, kedua... boleh refill air carbonat secara free, ketiga.... roti lembut kerak manis yang sedap, serta empat... tentulah ayam Texas begitu lazat & rangup + bersaiz besar.

Pelanggan Texas Chicken di KLIA2 tak pernah putus, dan kepada yang tak rasa lagi ayam Texas... saya syorkan anda untuk mencubanya. Actually restoran ni lebih kurang sahaja seperti restoran fast food yang lain, cuma resepi Texas Chicken mempunyai keunikannya tersendiri. 

Puas minum Coke Zero, my favorite. Boleh refill secara percuma (self service)

Ayam Texas, spicy. Beserta bun kerak manis.

Texas Chicken 👍

Review : Dr. Mist - Body Hygiene Floatation Fluid Spray - Untuk Masalah Bau Badan

Kepada yang mengalami masalah bau badan, tak boleh sembarang guna deodorant akibat kulit sensitif, ada luka-luka kecil atau mengalami masalah kaki berbau, sekarang dah tak perlu risau lagi dengan adanya Dr. Mist.

Produk ini tersangatlah efektif dan anda perlu mencubanya. Pada mulanya agak ragu-ragu juga sebab kulit saya jenis sensitif, jadi saya tak boleh nak guna sembarangan punya jenama. Memandangkan deodorant saya dah habis (sebelum ini saya gunakan Sebamed), rasa macam nak try jenama lain pula. Jadi saya pun belilah Dr. Mist ni. 

First time guna dah boleh rasa perbezaannya. Tak ada rasa melekit, badan sentiasa rasa segar dan tak ada berbau peluh ke apa ke disamping kulit tak ada rasa gatal-gatal. Bagi saya, ini adalah deodorant terbaik buat saya. Harga dijual dalam RM9+ (botol kecil 50ml) dan boleh didapati di Watsons, farmasi dan supermarket terpilih. Jika diberi bintang, saya akan bagi rating lima per lima bintang. Dr. Mist telah dianugerahkan several awards kerana keberkesanan produk ini. Ramai juga yang memberi komen positif selepas menggunakan Dr. Mist. 

Produk ini juga ada dijual di luar negara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk ini boleh terus ke website Dr. Mist Malaysia.  



Review : Safari Hotel, Ampang (Budget Hotel)

Nanti saya nak taip tips jimat berjalan kalau ke Kuala Lumpur - update dari story saya yang dah taip beberapa tahun dulu. Sekarang dah boleh lagi jimat berbanding dulu sebab lagi banyak kemudahan dan cara boleh digunakan.

Okay. Nak buat review Safari Hotel, Ampang. Baru-baru ni saya ke Kuala Lumpur lagi atas urusan keluarga (sebenarnya cousin kahwin). Memandangkan majlis buat kat Ampang, so paling senang hotel pun kena area berhampiran juga. Penerbangan kali ni punyalah jimat. Untuk saya dan Hafiz... tempat penginapan (tiga hari dua malam) + tiket penerbangan (bulan Disember tiket mahal okay)  hanya RM900 sahaja. Kira murah la tu (nanti saya bagitau apa tips nya). Means RM450 seorang.

Kali ni saya memilih Hotel Safari. Untuk yang nak berjimat dan strategik, boleh pilih Safari Hotel. Saya booking under OYO Room... dapat RM69 semalam (no window). Kalau nak walk-in... harga RM110 satu malam (ada window). Benda lain yang best berkenaan hotel ni ialah sekelilingnya banyak kemudahan seperti tempat makan, farmasi dan tak jauh dari Ampang Point. Hotel Safari ni ada Hotel Safari 1 dan 2. Mana-mana pun okay dan berdekatan juga... tapi saya amik Hotel Safari 1 (signboard besar sikit).

Selain itu, kemudahan asas seperti water heater, towel, almari pakaian, sabun, tisu, wireless Internet dan iron (kena pergi sudut iron kat luar bilik) juga ada disediakan. Cukup untuk berehat dan tidur.  

Lihat sahaja kemudahan di sekeliling Hotel Safari. Parking awam pun ada, cuma siang hari full la. Kalau malam senang nak cari parking.

-
-
-
-
-
-
-
-
Tak boleh nak expect lebih kalau hotel bajet, tapi Hotel Safari menyediakan kemudahan asas yang baik. Cukup untuk tidur dan berehat.

Tandas yang luas

Ada hot water juga. Cuma yalah... Kalau booking harga paling jimat ni, kadang-kadang mesti ada something yang slack. This time, air tak berapa hot sangat la. Tapi masih okay.

TV ada beberapa siaran termasuk Astro Channel (movie). Ada channel yang terang, ada yang kureng terang.

Isnin, 19 Disember 2016

Timberland Women Boat Shoes... Akhirnya

Ooohh yeaaahh!! Akhirnya saya dah beli kasut yang saya nak iaitu boat shoes from Timberland. Punyalah happy. Kenapa saya suka sangat kasut ni? Sebab ianya selesa dipakai, favorite color saya dan of course kerana ianya Timberland! Sekarang ni saya minat betul warna kelabu. Tak tau la kenapa tapi warna ni cam cantik pula. 

Okay, by the way kalau nak beli barang berjenama seperti Clarks, Nike, Rockport, Hugo Boss, Hyper Gear, pelbagai jenis perfumes dan macam-macam lagi dengan harga yang murah, anda boleh ke Mitsui Outlet yang terletak di Sepang, tak jauh dari KLIA 1 dan 2.

Jangan risau kalau lugage anda banyak (kot susah nak shopping), anda boleh simpan semuanya terlebih dahulu di kaunter check in ticket yang tersedia di tepi bangunan Mitsui. Nak check in ticket kapal pun boleh juga. Dan.... dari KLIA 1 dan 2, anda boleh naik shuttle bas yang sentiasa bergerak ke Mitsui - KLIA setiap 20 minit. Tak perlu bayar. Ianya percuma. 

Harga kasut ini jauh lebih murah jika dibeli di outlet berbanding boutique. Kat boutique Timberland, kasut ini berharga RM499. Manakala di outlet... tentulah saya dapat lebih murah dari ini. FYI - Kasut ini bertali tapi saya simpul sampai jadi macam tu.

Tumberland sentiasa menjaga kualiti barangan. Lihat cara jahitannya yang kemas.

Sempat juga membeli

Website TImberland Malaysia

Sabtu, 17 Disember 2016

Wi-Fi Dalam Kapal Terbang : roKKi Wi-Fi

Kepada yang menaiki penerbangan Air Asia tentu takkan merasa bosan lagi kerana sekarang dah boleh menggunakan Wi-Fi untuk berhubung dengan rakan-rakan. Perkhidmatan Wi-Fi ini adalah daripada rokki.com dan boleh dibeli semasa berada di dalam atau sebelum menaiki penerbangan.

Kalau nak beli sebelum naik kapal terbang boleh terus memasuki laman web rokki.com dan purchase perkhidmatan Wi-Fi. Manakala kalau dah berada dalam kapal terbang pula:
  • (Dalam mode flight), buka pilihan Wi-Fi connection dan pilih Wi-Fi rokki.com
  • Masuk laman web www.rokki.com
  • Masukkan nombor flight (AK sahaja) untuk check sama ada kapal dilengkapi perkhidmatan Wi-Fi atau tak.
  • Purchase secara tunai atau kad kredit. Harga adalah seperti berikut:

Sebelum penerbangan, harga yang ditawarkan lebih murah iaitu:
  • Pakej 3MB - RM8 (WhatsApp, Line, Viber etc)
  • Pakej 10MB - RM17 (Light Internet)

Manakala semasa penerbangan pula, harga adalah seperti berikut:
  • Pakej 3MB - RM9
  • Pakej 10MB - RM18

Kalau tak cukup MB boleh purchase more. Sekali purchase sekali guna okay ^^

Setakat ni saya puas hati dengan servis Wi-Fi ini. Nak WhatsApp pun laju jer. ♡

Selasa, 13 Disember 2016

Partey before Presentation

Ini cerita hari tu.... baru nak bagitau sekarang.

Minggu ni adalah minggu last kelas... lepas tu bermulanya study week. Lepas X-Mas... exam bermula. Jeng jeng jeng! Harap dapat jawab dengan jayanya. 

Okay. Hari tu ada group presentation sebenarnya. Tapi petang sebelum kelas tu, ntah tak ada mood nak duduk office. Lagipun dah jam 5 lebih. Masa kerja pun dah habis. Lastly lepak kat jeti layan orang pancing ikan. Kebetulan pula ada BBQ kena buat. Apa lagi... rezeki jangan ditolak. Makan free la. 

Panggil Kak D.K sekali mai. Padahal malam tu ada presentation. Ntah la... nak rasa gemuruh pun tak ada dah. Buat relax dah la. Ini la penyakit hujung tahun. Rasa cam nak cutiii saja. Nak datang kelas pun cam nak tak nak. Adedeiii...

Lately, jarang pergi memancing dah. Sebab masa tak ngam. Yang lain selalu memancing lewat. Dalam jam 11PM baru nak start memancing sampai la ke pagi. Sebab ada yang amik cuti, tu yang masa memancing pun berubah dah. Tak larat nak tunggu... Esoknya kena kerja lagi. -_-

Sebelum presentation, partey dulu. Makan ayam panggang, mee goreng dan macam-macam lagi la. From left : Kak D.K (classmate), Prof & me.

Presentation bermula. Hahahaha

Isnin, 12 Disember 2016

Review : Skin Food Black Sugar Mask Wash Off

Produk kecantikan Korea kini dah banyak yang masuk pasaran Malaysia. Rata-rata produk tersebut berasaskan bahan semulajadi dan dijual dengan harga mampu milik. Walaubagaimanapun, pengguna tetap perlu berhati-hati menggunakan produk-produk kecantikan terutama yang tidak mendapat kelulusan dan dijual secara terbuka. 

Saya lebih suka memilih produk berjenama yang dijual di kedai dan mempunyai franchise kerana kualitinya lebih terjamin. Terbaharu saya mencuba produk Skin Food Black Sugar Mask Wash Off. Dah lama saya ingin menggunakan mask ini, dan akhirnya berjaya juga memilikinya.

Skin Food Black Sugar Mask Wash Off buatan Korea ini boleh didapati di mana-mana cawangan Skin Food atau nak lebih senang, boleh beli secara online melalui Hermo.my. Satu unit mask 100g ini berharga RM24 sahaja (saya beli online). Cukup untuk kita gunakan seminggu sekali atau dua kali sahaja.

Selepas menggunakan mask ini, anda akan terasa kulit anda sangat halus dan lebih lembut berbanding menggunakan face wash. Perasaannya sama seperti kita menggunakan mandi lulur, terus kulit lembut serta merta. Skin Food Black Sugar Mask Wash Off juga membantu menanggalkan kulit mati dan menjadikannya lebih glowing. Kalau tak percaya cubalah.

Ramai pelanggan memberi kesan positif selepaa menggunakan produk ini, termasuk saya. Walaubagaimanapun, oleh kerana tekstur black sugar agak sedikit kasar, dicadangkan untuk basahkannya sedikit terlebih dahulu sebelum digossokan ke muka. Kalau tak... rasa sakit skit la. 

Aroma mask ini juga begitu manis dan rasa macam nak makan pun ada. 




Teksturnya sedikit kasar, tetapi tak melekit. 

Selepas menggunakan Skin Food Black Sugar Mask Wash Off.