Isnin, 21 November 2016

Vege Lover - Say Yes to Plain and Original

Hari ni amik cuti akibat batuk teruk...
-
-
-
-
-
Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin. Ianya berfungsi untuk melawan penyakit, untuk kesihatan dan diet seimbang. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan vitamin tersebut, sayur tak boleh dimasak terlalu lama sangat. Selain itu, ulam-ulaman adalah antara diet terbaik dan boleh membuatkan kita awet muda.

Certain orang tak suka makan sayur. Katanya sayur tak sedap dan tak menyelerakan. Haa.... kalau ke mana-mana restoran, cuba order sayur goreng Chinese style. Confirm rasa sedap (masakan cina adalah antara yang best). Makan ketika masih panas tau! Buang tanggapan sayur tak sedap tu jauh-jauh. Tanpa sayur, makanan kita tak seimbang.

Pada saya, saya lebih suka yang fresh seperti ulam-ulaman. Masak sayur pun saya prefer tak terlalu banyak guna bahan dan masak sekejap sahaja agar sayur tak terlalu layu. Contohnya:

Sup sayur sawi. Bahannya bawang putih, sos tiram, udang kering dan garam sahaja. 

Mi goreng ayam plus sayur kubis, sawi dan ditabur timun yang dipotong. 

Mana-mana masakan saya suka lebihkan sayur. Misalnya mihun goreng kena ada banyak sayur, soto pun kena tabur banyak taugeh dan timun, tauhu sumbat confirm kena ada sayur-sayuran, cucur sayur pun kena ada banyak sayur.... pendek kata semua kena ada sayur. 

Anda semua, jom kita makan sayur! Sayur adalah menu yang terbaik, janji sesuai dengan selera anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!