Ahad, 27 November 2016

U Jelly?

Lucu la berhadapan dengan perempuan yang sikit-sikit nak jealous ni. Yalah. TerOVER jealous ni menampakkan betapa insecure nya orang tersebut. Wehhh.... bertegur dengan kawan saja pun. Say HI lepas tu BYE. Itupun nak jealous. Lain la kalau terjumpa ex-gf ke... itu boleh faham la. Minggu ni dah terkena dua kali kejealousan berlaku. 

Situasi 1
  • Hipotesis 1 - Girlfriend adalah super nice dan akan senyum. 
  • Hipotesis 2 - Girlfriend rasa tak senang hati dan ingat saya ni kawan sama-sama belajar dengan boyfriend dia dulu.

Baru-baru ni saya (dan tiga orang kawan lain ) terjumpa dengan sorang kawan saya ni. Dia kebetulan tengah berjalan dengan girlfriend dia. Sebelum tu FYI, kami ni kadang-kadang sama-sama join aktiviti outdoor. Lagipun kenal dengan ayah dia juga. Kalau terjumpa mestilah bertegur, kan? Okay. Tiba-tiba pada hari kejadian tu, baru kami bertegur sikit, dah si girlfriend pandang lain macam. Saya senyum pun dibalasnya dengan muka murung. Baik blah. Malas nak borak lebih.

  • Finding - Hipotesis 1 ditolak. Hipotesis 2 diterima pakai. 
  • Result - Si perempuan sebenarnya tidaklah nice sangat. 


Situasi 2

  • Hipotesis 1 - Wife senyum.
  • Hipotesis 2 - Wife menjeling dan tunjuk wajah jealous.

Minggu yang sama, terkena kejadian yang sama juga. Tengah duduk makan di gerai, tiba-tiba terserempak ngan kawan lama bertugas sama-sama dulu. Kawan saya ni baru sahaja kahwin dalam beberapa bulan kalau tak salah. Okaylah. Apa-apapun mestilah terus akan bertegur, kan? Very simple la. Just kata "Hai" saja. Masa kata hai tu, pelik pula tengok yang wife dia tak nak berpaling langsung. Ingatkan mungkin saja la. Tak lama lepas tu saya dan kawan-kawan blah dulu. Saya kata la "bye" dengan kawan saya dan wife dia ni. Wife dia tengok saya... lepas tu punyalah dia menjeling. Kakakakakakaka.

  • Finding - Hipotesis 1 ditolak. Hipotesis 2 dipakai.
  • Result - Wife seorang yang over jealous dan tak nice.

By the way, tak happy la tengok perempuan yang super jealous begini. I mean... tengok la keadaan kalau nak jealous. Ni dah tahap jealous tak kena masa. Apa-apapun, bersyukurlah bila ada perempuan jealous kat kita. Wakakakakaka.

P/S - Sebelum ni pernah kena juga benda yang sama. Yang jealous lagi super xxx pun ada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!