Ahad, 6 November 2016

Signs You Could Be a Horrible Boss

Copy paste dari Internet. Rugi kalau tak share. 

Sebagai ketua... kita patut guide staff kita. Tapi janganlah setiap detail pun nak perlu campur tangan. Orang yang bekerja semuanya telah dewasa. Bagi mereka peluang berfikir dan gunakan kreativiti mereka untuk mencapai objektif, barulah dapat melihat kemampuan diri masing-masing.

Jangan pilih kasih. Mentang-mentanglah staff satu ni banyak masalah, lepas tu sehari tak punch card terus dipertikaikan. Yang seorang lagi kuat membodek, tak punch card pun tak apa la ya? 

Staff tak patut dilayan teruk seperti diherdik dan dimaki. Mereka juga punya perasaan. Tegas tapi kena dengan caranya. Jangan keluarkan kata-kata kesat tak kira secara verbal atau dalam SMS.

Objektif biar jelas. Jangan bercakap putar belit dan akhirnya staff terpinga-pinga dan tak tahu nak buat apa. Straight to the point. Mukadimah mesyuarat janganlah terlalu panjang. Banyak benda lagi kena buat ni.

Walaupun idea tu idea kita seorang, tapi lebih baik menyebutnya sebagai 'idea kami'. Nampak lebih bersatu hati dan tidak pentingkan diri.

Sudah-sudahlah bagi kerja dengan staff yang patut dah pulang ke rumah. Kerja tak akan pandai habis pun. Dan... di hari Sabtu dan Ahad, elakkanlah SMS staff tentang hal kerja kecuali jika terpaksa atau urgent. Mereka juga perluka rehat.

Yeapp! Siapa yang nak tengok boss yang horrible? Staff pun dah tak ada semangat nak kerja.

Apa ni... hari-hari lalu depan staff. Tapi arahan semua terima dari emel atau WhatsApp. Be professional. Tunjukkan kemesraan. Staff juga ada perasaan. Janganlah kedekut sangat nak buka mulut. Tak rugi pun.

Be a good boss. Jangan melebih-lebih.

Jangan sebab kita ni boss... pangkat kita lebih tinggi... kita boleh bajet baik. Boss atau tak, tetap sama-sama manusia. Respect each other. Jangan buat muka dengan staff. Bukan mereka yang sepatutnya faham kita, tetapi kita yang perlu fahan mereka semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!