Khamis, 17 November 2016

Sambung... Sambung

0155AM.... Akhirnya diserang selsema sekali lagi setelah sekian lama tidak diserang penyakit. Lagipun this week masih tak turun pergi gym lagi. Busy gila. Walaupun tasks terbesar dah selesai... siang nanti ada acara lagi. Jadi tak boleh consider sebagai SELESAI SEPENUHNYA. Harap-harap boleh bangun la nanti. Dah la mata ni tak nak tidur akibat sampai rumah tadi tertidur sekejap.

Next week saya kena present individual assignment pula. Tak buat apa lagi . Dengan harapan.... boleh survive please!! Paling tak best kalau kena buat literature review + baca artikel panjang lebar. Nooooo!! Total kelas terskip dah tiga kali (any subject). Noooo!! Walaubagaimanapun, inilah cabaran partime student. Apa-apapun, bertekad nak konvo on time. (Fokus! Fokus!).

Malam-malam ni terasa nak makan fries la pulan tapi mesti yang panas, garing dan ada tabur sedikit garam (spesifiknya). Padahal tak minat makan pun selama ni. Ni mesti kes Hafiz makan fries tadi tapi saya tak amik rasa satu. Siasiapun nya orang. HaHaHa. Chocolate drink pun tak sempat teguk hari ni. Kecewa bebenar. Kelam kabut, takut kena cari oleh big boss. Jadi nak slack sebentar pun tak berani. Yalah. Kalau big boss dah marah, seram weh.

Okaylah. Saya nak try lelapkan mata menggunakan tips yang saya pernah share dalam blog sebelum ini. :-)

(Sekadar terlintas di fikiran).... 'Baru kena sikit dah touching. Dia buat macam tu kat orang tak fikir perasaan pula kan?'. Means karma la... haiyaaa... Jangan sesiapa terasa ya. Tak ada kena mengena dengan kehidupan orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!