Khamis, 24 November 2016

Review : Innisfree No-Sebum Mineral Powder

Yeay! Pakej Hermo saya dah sampai akhirnya.

Sebenarnya bedak muka dah tak ada lagi. Habis berterabur sebab case terhentak di lantai. Okay... sebelum ni saya menggunakan jenama Kate tapi teringin nak cari bedak muka jenama lain dan lebih sesuai untuk muka saya yang agak oily. 

Segalanya ada di Hermo. Kepada yang suka shopping barangan cosmetic dan nak dapat harga diskaun, kindly log on to Hermo.my Beauty CollectionSaya juga suka shopping di Hermo sebab ada yang kedai tak ada kat Sabah, contohnya Innisfree tak buka lagi cawangan kat sini. Tapi jangan susah... Hermo kan ada. 

Hermo.my

Okaylah. Sebenarnya saya tertarik dengan Innisfree ni sebab hari tu ada beli mask muka jenama ni juga. Sesuai untuk kulit saya. Bahan yang digunakan terdiri dari bahan organik. Innisfree adalah produk made in Korea. 

Oleh kerana harga mineral powder ni boleh dapat harga murah melalui Hermo iaitu hanya RM20 sahaja... jadi saya pun try la beli satu. Tengok dari komen pengguna juga rata-rata positif, menambahkan lagi hasrat saya untuk membeli bedak muka ni.

Taaadaaa! Saiz yang kecil dan mudah dimasukkan ke dalam handbag. Rasanya boleh tahan lama juga la sebab tak sapu bedak banyak mana pun. Asal dapat tutup muka berminyak dah la. 

Oh ya. Actually Innisfree No-Sebum Mineral Powder (5g) ni dirumus khas untuk kulit berminyak. Setakat saya pakai tak ada apa-apa alahan berlaku di muka. Bedak ni juga very light, senang untuk dibersihkan dan sekata. I must say that I love this product very much and will repurchase it back kalau dah habis. 

Selepas menggunakan mineral powder Innisfree, muka saya dah tak berminyak lagi. Mungkin tak dapat bertahan lama sangat, tapi Innisfree mineral powder sangat membantu! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!