Ahad, 13 November 2016

Resepi Sup Jagung Simple

Sup jagung adalah antara sup yang paling senang dibuat. Jom saya ajar resepi sup jagung.

Bahan-bahan:
  •  1/2 tin jagung dalam tin (cream style)
  • 4 cawan air
  • 1 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Secubit serbuk lada putih
  • 1 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya:
  • Masukkan air ke dalam kuali.
  • Masukkan jagung, garam, serbuk lada putih sambil menunggu air mendidih.
  • Apabila dah mendidih sedikit, masukkan pula bancuhan tepung jagung (agar sup nampak pekat) dan kacau perlahan-lahan.
  • Tunggu sehingga sup mendidih, kemudian masukkan telur ayam.
  • Tutup api dan siap dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!