Ahad, 20 November 2016

Resepi Spaghetti Sihat dan Mudah

Bahan-bahan:
  • Spaghetti
  • Sos spaghetti (saya memilih jenama Prego)
  • Sayur timun dipotong dadu
  • Sayur kubis dihiris nipis
  • Daging kisar (guna daging burger pun boleh)


Cara-caranya:
  • Didihkan air dan masukkan spaghetti agar ianya menjadi lembut. Apabila dah cukup lembut, toskan.
  • Di kuali yang satu lagi, masak sos spaghetti. Kemudian masukkan daging kisar bersama. Tak perlu tambah apa-apa perisa lain kerana semuanya dah cukup rasa.
  • Apabila sos telah masak, tuangkan pada spaghetti.
  • Untuk menjadikan spaghetti anda lebih segar dan enak, campurkan hirisan kubis dan timun.
  • Boleh letakkan sedikit oregano dan paprika untuk lebih perisa.
  • Makan ketika masih panas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!