Ahad, 6 November 2016

Resepi Mudah Ayam Panggang dan Kentang Mayonnaise (Ala Hotel)

Ini adalah salah satu resepi paling mudah, tak banyak guna bahan, mengenyangkan dan rasa macam makanan hotel kot (walaupun hiasan tak macam kat hotel).

Bahan diperlukan:

Ayam
  •  6 ketul sayap ayam
  • 2 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh gula pasir
  • Sedikit lada putih

Cara-caranya:
  • Masukkan semua ramuan ke dalam ayam dan gaul sebati.
  • Masukkan ayam ke dalam microwave, suhu 600c dan dimasak selama 20 minit. 



Kentang
  • 2 biji kentang yang dikupas kulit. (Saya gunakan kentang putih Australia).
  • Mayonnaise (Saya gunakan mayonise vegetarian)
  • Secubit garam
  • Secubit oregano

Caranya:
  • Rebuskan kentang sehingga lembut. 
  • Toskan air dan potong kentang bentuk kiub.
  • Gaulkan bersama garam dan mayonise.
  • Taburkan sedikit oregano untuk rasa yang wangi.

Ini hasilnya. Sedap dimakan bersama roti 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!