Ahad, 6 November 2016

Produk Mekap Tiruan Dijual Secara Terbuka

Petang tadi ambil kesempatan jalan ke shopping complex. Ada booth jualan dibuka dan pelbagai jenis barangan boleh menjadi pilihan. Ada yang jual tudung, kasut dan yang paling banyak sekali adalah mekap.

Tapi yang membimbangkan adalah produk tiruan yang dijual. Saya berasa tak senang melihat lipgloss jenama Kylie Jenner dijual dengan harga.... RM15? Sedangkan harga original boleh mencecah RM100+ sekali dengan shipping fee. Begitu juga dengan jenama lain seperti NYX, Mac dan Naked juga dijual dengan harga yang murah. Dah tentu ianya bukanlah original.

Bukan nak tutup rezeki yang menjual produk tiruan ini, tetapi ia dikhuatiri memberi kesan kepada si pengguna. Adakah bahan yang digunakan semuanya selamat? Apakah jaminan yang boleh diberikan sekiranya si pengguna menghadapi masalah seperti alahan atau kualiti barangan yang rendah? Kenapa mesti menjual barangan tiruan? Tak takutkah sekiranya yang empunya jenama bertindak untuk saman si penjual barang tiruan? (Isu copyright)... lebih-lebih lagi jika pihak berkuasa merampas barangan tersebut?

Saya sendiri kecewa melihat mekap tiruan ini dijual dengan berleluasa. Yalah. Kita beli yang original punyalah mahal, tiba-tiba yang tiruan dijual dengan harga yang murah. Walaupun kualiti dan bahan yang digunakan tidak sama, tetapi barangan tiruan seperti inilah yang telah mencemarkan nama baik barangan original. Sampai orang pertikaikan barang yang kita guna ni ori ke atau ciplak.

Apa yang perlu dititikberatkan ketika membeli produk mekap bukanlah pada jenama itu semata-mata. Ia juga perlu dilihat dari segi kualiti dan material yang digunakan. Oleh itu beringatlah! Walaupun kita beli mekap yang dicop jenama Chanel dengan harga RM20, tetapi kita perlu ingat kualiti bahan digunakan bukanlah kualiti Chanel yang sepatutnya.

Moral of the story, biar mahal asal berkualiti. Jika merasakan mekap seperti Mac dan Estee Lauder terlalu mahal, ada banyak lagi brand mekap yang affordable malah berkualiti baik. Contohnya Silky Girl, Maybelline dan L'oreal.

Pilih dengan bijak. Say no to copycat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!