Selasa, 1 November 2016

Perasmian My Agrosis K-Shoppe : My Perspective

Jom saya kongsi sedikit cerita masa saya pergi Sandakan baru-baru ni. Sebelum hadir ke Majlis Karnival Tani UMS, hari sebelumnya tu ada perasmian MyAgrosis K-Shoppe, juga bertempat di Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan. Majlis ini dirasmikan oleh Tan Sri Badruddin Amiruldin, Pengerusi FAMA Malaysia. Terima kasih Tan Sri kerana sudi meluangkan masa :-)

Disamping majlis perasmian ini, ada banyak booth pasar tani yang dibuka khas untuk para pengunjung. Antara jualan mereka adalah makanan, minuman, baju, produk tempatan, anak pokok buah-buahan dan bahan mentah. 

Gimik perasmian MyAgrosis K-Shoppe

Tun, Tan Sri dan Datuk VC, VVIP di majlis tersebut

Selepas acara perasmian, lawatan ke gerai bazaar dijalankan menggunakan buggy FPL yang istimewa ini.

Rasa macam kereta FBI pula

Tun sempat bergambar bersama Pegawai-Pegawai Utama dan Kanan UMS

Sebelum hari perasmian acara tu, kami sah melawat sehari lebih awal. Dan inilah dia kedai yang (akan) dirasmikan itu. Dalam kedai ini ada menjual pelbagai produk FAMA seperti kerepek dan kuih kering. Selain itu juga ada menjual barangan lain seperti keperluan dapur, buah-buahan tempatan dan makanan ringan. Pengunjung yang datang ke FPL bolehlah singgah ke K-Shoppe ini terus. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!