Rabu, 2 November 2016

Perasmian Karnival Tani UMS : My Perspective

Selepas acara perasmian MyAgrosis K-Shoppe pada 28 Oktober 2016, keesokan harinya pula adalah acara Perasmian Karnival Tani UMS Sempena 10 tahun FPL 2016. Kali ini dirasmikan oleh YB Ketua Menteri Sabah.

Kemeriahan pasar tani dan bazaar masih terasa kerana semakin ramai orang mengunjungi tempat ini. Ada beberapa gerai yang menjual telur masin... dan apa lagi... borong la. Dah dijual dengan harga murah pula tu. Anak-anak pokok pun sold out. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah pertandingan ayam serama. Punyalah syok tengok sebab ayam serama tu kecil molek. Lepas tu pandai berposing pula. Lagi satu yang best adalah anak kambing yang relax dan tak takut orang. 

Seronok bersiar di karnival tani ni. Boleh nampak pelbagai jualan dengan bermacam ragam penjual nak menarik perhatian pengunjung. Paling rare adalah sos cili tembikai. Saya sempat juga beli sebotol dengan harga RM3 sahaja. Ruginya tak beli halwa tembikai :-(

Salah satu booth penyelidikan yang mempamerkan kajian tentang madu lebah.

YB Ketua Menteri tengah diterangkan khasiat madu ini

Kambing yang sangat comel

Daging puyuh goreng. Oh yeaaaa!
-
-
-
-
-
Selepas acara perasmian, rombongan di bawa pula ke sekitar.

Padi!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!