Sabtu, 5 November 2016

Koleksi Maneki-Neko Saya (Kucing Mari Mari)

Taaadaaa! Walaupun tak banyak lagi, tapi saya sekarang tengah dalam proses mengumpul Maneki-Neko (maneki = beckoning ; Neko = cat). Susun cantik-cantik di dalam office :-)

Sebelum tu nak ceta sikit asal usul Maneki-Neko ni. Sebenarnya patung kucing ni berasal dari Jepun, walau bagaimanapun sangat popular di dalam budaya Cina. Selalunya diletakkan di depan kedai dan atas meja kaunter sebagai simbol memanggil rezeki masuk dan lucky charm. Antara nama lain Maneki-Neko ialah Lucky Cat, Money Cat dan Happy Cat. 

Sejarah Maneki-Neko telah bermula begitu lama sejak kurun ke 18 lagi. Dulu Maneki-Neko diperbuat daripada kayu dan seramik tetapi di zaman moden ini, ianya juga boleh diperbuat daripada plastik. Nak baca lebih lanjut tentang Maneki-Neko, boleh layari link ini.

Setakat ini saya mempunyai tujuh unit unit Maneki-Neko. Saya amat menyukai patung kucing ini kerana saya seorang pencinta kucing. Lagipun Maneki-Neko sangat cute! 

Saya mengumpul Maneki-Neko bukan untuk tujuan nak tarik rezeki ke... atau apa-apa tujuan yang sewaktu dengannya... tetapi lebih kepada minat sahaja. Mungkin saya akan tambah beberapa unit lagi untuk meningkatkan bilangan koleksi saya. Setakat ni my favorite adalah yang kucing hitam ^^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!