Ahad, 6 November 2016

Kenapa Kaktus Tak Nak Membesar?

Saya ada menanam beberapa jenis kaktus di halaman rumah. Tapi yang peliknya kaktus tu terbantut dan tak nak bercambah. Saya dah belikan baja kaktus pun tak nak juga membesar. Tak juga mati, tapi tak juga membesar.

Walaupun saya bukanlah pakar dalam penanaman kaktus, tetapi saya boleh kongsikan sedikit tips yang saya ketahui. Dari pemerhatian saya, ada beberapa faktor yang menyebabkan kaktus tak nak membesar. Antaranya adalah:

  1. Kaktus tak diletakkan dibawah matahari (hanya letak di tempat teduh). Sebelum ini kaktus saya disimpan di tempat yang teduh. Lalu saya pindahkan di tempat yang lebih panas. Sebenarnya kaktus perlu diletakkan dibawah sinaran matahari kerana kaktus adalah tumbuhan yang hidup digurun. Tak perlu risau kerana kaktus tidak akan mati. 
  2. Kaktus tak disiram. Ya! Kaktus juga perlu disiram. Walaupun ianya tumbuhan yang tahan tanpa air, tapi ianya juga perlu disiram sebagai nutrien. Setiap hari saya akan menyiram kaktus saya tetapi dengan kuantiti air yang sedikit (sekali sehari). Alhamdulillah... kaktus yang ditanam kekal hidup.
  3. Kaktus ditanam di pasu yang kecil. Salah satu cara untuk membesarkan tanaman kaktus ialah dengan memindahkan kaktus ke pasu yang lebih besar. Anak-anak kaktus yang tumbuh dibadan induknya perlu dipindahkan agar kaktus induk dapat tumbuh dengan lebih besar. 
  4. Lain-lain. Selain itu, kekalkan dengan memberi kaktus baja secukupnya dan penggunaan tanah yang sesuai. 


Kaktus saya yang sekian lama terbantut akhirnya dah mengeluarkan anak. 

Yang ni naik tiga layer.

Masih antara my favorite

Ni pun dah beranak pinak + tumbuh tiga lagi pokok lain

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum...spnjng awk jaga pokok kaktus kan...susah tak nk jaga...sy baru brminat nk jaga..si igt nak jaga di dlm bilik di kolej shj...lpas tu mmg necessary ke utk beri kaktus baja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam.... jaga pokok kaktus amat mudah. Tak perlu siram dengan kerap. Siram seminggu sekali pun okay dan hanya menggunakan air yang sedikit. Yang penting kena cahaya matahari mencukupi (letak bawah cahaya matahari).

      Padam

Terima kasih!