Rabu, 2 November 2016

Jom ke Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok

Kepada yang suka aktiviti outdoor dan menghayati alam semulajadi... boleh ke Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sandakan. RDC terletak tak jauh sangat dari bandar Sandakan iaitu di Batu 15. Jadi amat berbaloi untuk datang ke mari. Saya dah beberapa kali ke Sandakan, walaubagaimanapun ini adalah kali pertama saya ke RDC.

RDC dibuka setiap hari termasuk masa cuti umum, bermula jam 8AM-5PM. Rate masuk adalah seperti berikut:

Malaysian
  • Dewasa RM7 ;  
  • Umur 5 -17 tahun RM3 ; 
  • Bawah 5 tahun free.


Non Malaysian
  • Dewasa RM15
  • Umur 5 -17 tahun RM7
  • Bawah 5 tahun free


Tempat ini dikunjungi ramai orang tak kira dari dalam dan luar negara. Kalau hari Sabtu & Ahad sure ramai orang punyalah. RDC menyediakan fasiliti untuk pengunjung seperti galeri (tutup pada 5PM), restoran, dan tempat beriadah.  

Lihatlah keindahan tasik di RDC. Airnya tenang. Anda juga boleh menyewa sampan kayuh yang ada disediakan di RDC.

Ada jambatan gantung di tengah tasik


Pokok Kelumpang Sarawak. Buahnya tak boleh dimakan dan ini adalah antara species tumbuhan yang jarang dijumpai dan hanya tumbuh di beberapa tempat. Biji kelumpang bewarna hitam dan boleh dilihat sekiranya buah mencapai tahap matang (terbuka).

Selain tempat jungle tracking, RDC juga mempunyai kebun tumbuhan yang terdiri daripada beberapa division seperti kaktus, orkid dan lain-lain.

Galeri RDC begitu menarik dan menyediakan banyak maklumat untuk para pengunjung.

Inilah buah Durian Hantu
-
-
-
-
-
Tak sah jika tak menjelajahi kawasan hutan di RDC melalui canopy walk. Perjalanan sebenarnya jauh lagi tapi kami tak sempat nak sampai ke hujung kerana kekangan masa. 
Tingginya pokok ni!

Menjelajahi hutan dengan canopy walk

Kalau bernasib baik boleh nampak burung ni. Bornean Bristlehead

Amik gambar dari menara tinjau

Taadaaa! Saya berada atas menara

Jom ramai-ramai berkunjung ke RDC Sepilok
-
-
-
-
-
Setelah berada selama tiga hari dua malam di Sandakan, saya pun pulang ke KK bersama yang lain. 


Sambil pulang sambil minum Hot Chocolate dari Gloria Jean's Coffee. Oh yea!

Map ke RDC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!