Sabtu, 12 November 2016

Gym for Strength & Cardio

Walaupun dengan jadual pergi gym yang tak menentu sekarang ni (akibat busy kerja dan study), tapi still manage to go juga. 30 minit pun jadilah. Now dah masuk Week 9 kalau tak salah. Tapi tu la... agak frust juga sebab waktu tak begitu konsisten. Arrggh!
 
Despite kena lupakan dulu impian untuk bagi tone badan, saya masih berpuas hati sebab akhirnya dapat rasa kekuatan badan makin bertambah. Bukan itu sahaja, tetapi gym juga membantu mengeluarkan toxic dari peluh (detox), menghilangkan stress dan menyegarkan badan. 
 
Saya bagi points la:
  1. No more stress. Selalu rasa tekanan di pejabat. Tetapi lepas pergi gym automatically akan lupakan segala masalah yang ada. Badan juga rasa lebih sihat kerana semua toxic telah dikeluarkan dari peluh. 
  2. Kekuatan bertambah. Masa Week 1 pergi gym... alahai terasa diri amat lemah. Cycling pun Level 1 sahaja. Sekarang dah boleh pergi Level 3. Dulu tolak kaki pun boleh pergi sampai 60 saja. Sekarang dah boleh bawa sampai 120-140. 60 untuk sebelah kaki. 
  3. Pernafasan lebih terkawal. Mula-mula pergi gym cepat sangat lelah. Berlari di tredmill pun paling tinggi 5.5KM/h saja. Sekarang dah boleh naik sampai 7.5KM/h tanpa tercungap-cungap.
  4. Perubahan fizikal. Sudah semestinya! Since pergi gym memang bentuk badan ada sedikit berubah. Walaupun tak la banyak sangat perubahan tu tapi kira happy dah. Kalau dulu pakai seluar jegging rasa cam tak best sebab tak yakin dengan figure. Sekarang ni tak ada masalah lagi. Tapi jangan terkejut jika berat naik pula. Otot lagi berat dari lemak. Hehe.   
Tips kekal segar di gym... jangan lupa minum air. After beberapa set workout, minum air. Then sambung balik workout.
 
One of my favorite equipments. Khas untuk otot kaki.

Gym is a must for me.
Sibuk macam mana pun, dalam minggu tu sekurang-kurangnya sekali kena pergi gym.

Me and my colleague

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!