Jumaat, 25 November 2016

Golongan Makhluk Kejam yang Suka Mendera Haiwan

Golongan ni tak sesuai dibahasakan sebagai 'Manusia Berhati Binatang' kerana binatang jauh lebih mulia berbanding mereka-mereka ni. Jadi saya panggil mereka golongan Makhluk Kejam. Entahlah. Malu nak ngaku mereka ni golongan manusia. Manusia berakal. Mereka ni otak ada tapi tak pakai.

Sekarang banyak dah kes mendera haiwan. Kucing dan anjing habis kena panah, kena siram air panas, kena ikat, kena potong kaki.... Alahai.... Golongan Makhluk kejam mesti ketawa terbahak-bahak tengok haiwan tu semua menggelupur sakit. Tak takutkah kalau benda yang korang buat ni terbalik kat korang? Sekarang mungkin tak. Tapi siapa tau esok lusa bagaimana?

Mesti golongan ni rasa best kan bila kucing dan anjing tu kena seksa? Kononnya nak tunjuk power la tu. Tak malukah malaikat kanan dan kiri nampak perbuatan kamu tu? Golongan Makhluk Kejam ni kononnya dah berkuasa sangat sampai mereka rasa mereka layak untuk membunuh haiwan yang tidak berdosa ni. Biarlah mereka hidup bebas. Yang golongan ni apahal menganggu kebebasan haiwan ni?

Sebelum buat perkara macam ni elok fikirlah baik-baik. Sekarang ni semua benda boleh kena viral. Perbuatan yang kejam ni...senang-senang orang lain dapat tau. Nanti bila dah kena pukul akibat buat perkara tak baik macam tu, jangan salahkan orang yang memukul pula. Yalah. Berani buat, beranilah tanggung.

Sekarang ni umur muda lagi. Kononnya nak cuba sesuatu yang baru. Dah tu pergi bunuh binatang pula? Nanti dah tua kerepot baru la nak sedar. Baru nak menyesal bagai. Itupun kalau sedar dengan perbuatan tak senonoh ni. Bagi saya, golongan mental tak betul ni tak layak pun hidup di dunia ni. Sebab kenapa? Bodoh bebenar. Tak ada akal. Otak kosong. Sumbangan tak ada, nak menyusahkan hidup orang lain ada la.

Entah la apa yang best sangat seksa binatang ni. Nampak kucing curi ikan, mulalah nak potong kaki kucing. Nampak anjing korek sampah, lepas tu sukahati pergi racun anjing tu. Ishhh! Tak guna betul. Hati bangkai!

Nasib baik la kita masih ada manusia yang prihatin membantu binatang yang terseksa ni. Sekarang persatuan NGO tengah fight untuk mewujudkan undang-undang berkenaan penyeksaan haiwan. Jadi bersiap sedialah wahai Golongan Makhluk Kejam. Lagipun sekarang ni... macam yang saya cakap tadi la. Perbuatan macam ni senang orang dapat tau dan boleh diviral. Saya harap golongan ni at least boleh berfikir la apa jadi lepas tu (tu pun kalau mereka terfikir).

Beringatlah bahawa setiap perbuatan jahat akan dibalas juga akhirnya. Berhentilah menyeksa binatang.

Sebelum terlambat. Siapa tau bila ajal kita tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!