Ahad, 6 November 2016

Boring...

Dah jam 1 pagi tapi mata masih tak nak tidur lagi. Ni la kalau dah terkena penyakit insomnia. Apa-apapun, tak ada mood nak buat assignment atau perkara yang melibatkan study dan kerja. Hujung minggu sepatutnya adalah hari untuk berehat. HeHe.

Memandangkan Hafiz outstation ke Tawau, jadi saya pun di rumah dan tak buat apa la. Nak keluar pun malas, nak buat kerja rumah pun tak ada mood... akhirnya tengok TV, main online game, buka internet, masak, siram bunga. Hari Sabtu 5 November adalah hari Malas Sedunia kot? (Halamak... baru saya ingat hari ni birthday kawan saya... -_-). Kenapa baru teringat? Grrrr.

Petang tadi tiba-tiba tertidur (jarang tidur petang) dek terlalu boring. Lepas tu dapat mimpi pelik pula. Dalam mimpi tu keluar lagi muka yang kurang enak untuk dipandang. Apa boleh buat. Dah mimpi tu nak macam tu. -_-

Sekarang ni hujan tengah turun. Best  kalau tidur. Sebelum tu sempat lagi nak merias kuku, repair balik inai kaki, guna mask untuk bawah mata... eerrr.... ni la akibatnya kalau terlalu bosan. Mata tak nak tidur. Macam tu la nampaknya.

Tapi dah bertekad pada hari Ahad akan mengerjakan kerja-kerja rumah. Cuci kain, iron baju, lipat baju etc. Oh ya... and workout. Sebab hari Sabtu dah makan banyak (cheat day). HaHaHa.

Okaylah. Ntah merapu-rapu apa ntah. Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!