Sabtu, 12 November 2016

Alasan Kenapa Buat Assignment Tengah Malam

Sebenarnya bila-bila masa pun boleh buat assignment juga. Tak kiralah di mana pun, asal ada bahan... dah boleh deraf dah. Apa-apapun kalau student mesti dikaitkan dengan study atau buat assignment tengah malam. Agaknya kenapa?
 
  1. Student = Bangun tengah malam. Dah namanya student mesti akan lambat tidur punyalah. Tu memang sinomin dah. Semua orang pernah experience benda yang sama. Malam adalah waktu terbaik untuk belajar.
  2. Keadaan lebih sunyi. Senang nak dapat idea. Kalau buat waktu siang ni ada saja gangguan. Panggilan telefon la, kawan ajak lunch sama la etc. Kalau tengah malam ni confirm mencurah-curah idea. Laju saja jari menaip.
  3. Siang kena buat kerja pejabat. Khas untuk student partime. Siang kena masuk pejabat dulu. Buat kerja rasmi. Tak ada masa nak buat assignment waktu tu. Nak tak nak kena bersengkang mata di waktu malam.
  4. Faktor insomnia. Dah terbiasa tidur lambat, jadi dari tak buat apa... baik siapkan assignment. Ada juga faedah
  5. Last minute. Asyik nanti... nanti, sekali tengok esok pagi dah due date untuk hantar assignment. Jadi masa yang tinggal hanyalah di waktu malam sebelum tarikh keramat sampai.
  6. Semua orang buat benda yang sama. Kalau yang lain buat, kita pun automatik akan buat benda yang sama juga. Seiring dan sejalan.
  7. Siang terlajak tidur. Kalau lagi tak ada kelas... confirm siang tu tidur puas-puas. Malas nak buat assignment la jawabnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!