Rabu, 30 November 2016

Konvokesyen UMS ke-18 (Hari Kedua) : Belakang Tabir

Sebelum tu... gambar hari ketiga Konvokesyen memang saya tak ada amik. Terlupa kot. Tak tau la kenapa...

Apa-apa pun nak share gambar-gambar ketika majis konvo sidang kedua berlangsung. Syukur alhamdulillah, hari kedua ni pun berjalan dengan lancar seperti hari sebelumnya. 

Me and my colleauge a.k.a best buddy, Dewi

Sempat bergambar dengan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan a.k.a Dekan kami. 

Actually nak amik gambar Dr. Freddie (bentara) tengah angkat cokmar... tapi tiba-tiba ada la pula yang sengaja merosakkan gambar. Deii...

And.... I missed the best part. Ciuu..

Konvokesyen UMS hari kedua. Sangat ramai orang. Walaupun begitu, Dewan Canselor masih boleh menampung bilangan tersebut. Capacity dewan adalah 5000 orang, tak termasuk tambahan kerusi.

Ahli LPU dan Pegawai Utama bergambar dengan Tan Sri YTL, merangkap Pro Canselor UMS

Barisan pengiring boss-boss yang sedia berkhidmat dengan penuh komited. Ceewaah!

Ahad, 27 November 2016

U Jelly?

Lucu la berhadapan dengan perempuan yang sikit-sikit nak jealous ni. Yalah. TerOVER jealous ni menampakkan betapa insecure nya orang tersebut. Wehhh.... bertegur dengan kawan saja pun. Say HI lepas tu BYE. Itupun nak jealous. Lain la kalau terjumpa ex-gf ke... itu boleh faham la. Minggu ni dah terkena dua kali kejealousan berlaku. 

Situasi 1
  • Hipotesis 1 - Girlfriend adalah super nice dan akan senyum. 
  • Hipotesis 2 - Girlfriend rasa tak senang hati dan ingat saya ni kawan sama-sama belajar dengan boyfriend dia dulu.

Baru-baru ni saya (dan tiga orang kawan lain ) terjumpa dengan sorang kawan saya ni. Dia kebetulan tengah berjalan dengan girlfriend dia. Sebelum tu FYI, kami ni kadang-kadang sama-sama join aktiviti outdoor. Lagipun kenal dengan ayah dia juga. Kalau terjumpa mestilah bertegur, kan? Okay. Tiba-tiba pada hari kejadian tu, baru kami bertegur sikit, dah si girlfriend pandang lain macam. Saya senyum pun dibalasnya dengan muka murung. Baik blah. Malas nak borak lebih.

  • Finding - Hipotesis 1 ditolak. Hipotesis 2 diterima pakai. 
  • Result - Si perempuan sebenarnya tidaklah nice sangat. 


Situasi 2

  • Hipotesis 1 - Wife senyum.
  • Hipotesis 2 - Wife menjeling dan tunjuk wajah jealous.

Minggu yang sama, terkena kejadian yang sama juga. Tengah duduk makan di gerai, tiba-tiba terserempak ngan kawan lama bertugas sama-sama dulu. Kawan saya ni baru sahaja kahwin dalam beberapa bulan kalau tak salah. Okaylah. Apa-apapun mestilah terus akan bertegur, kan? Very simple la. Just kata "Hai" saja. Masa kata hai tu, pelik pula tengok yang wife dia tak nak berpaling langsung. Ingatkan mungkin saja la. Tak lama lepas tu saya dan kawan-kawan blah dulu. Saya kata la "bye" dengan kawan saya dan wife dia ni. Wife dia tengok saya... lepas tu punyalah dia menjeling. Kakakakakakaka.

  • Finding - Hipotesis 1 ditolak. Hipotesis 2 dipakai.
  • Result - Wife seorang yang over jealous dan tak nice.

By the way, tak happy la tengok perempuan yang super jealous begini. I mean... tengok la keadaan kalau nak jealous. Ni dah tahap jealous tak kena masa. Apa-apapun, bersyukurlah bila ada perempuan jealous kat kita. Wakakakakaka.

P/S - Sebelum ni pernah kena juga benda yang sama. Yang jealous lagi super xxx pun ada.


Konvokesyen UMS ke 18 (Hari Pertama) : Belakang Tabir

Saya share sikit la gambar-gambar belakang tabir semasa Konvo UMS tahun 2016. FYI - Tahun ni ada 5200+ pelajar yang berkonvo termasuk graduan Pascasiswazah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. ♡

Sidang pertama konvo dihadiri oleh TYT Sabah, merangkap Pro Canselor UMS

Me with my colleague, Herman.

Me with my BFF, Tasha & Wanie

Graduan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Tiap tahun mesti ada group photo. ^_^

Ahli-Ahli LPU, Pegawai Utama dan Kanan UMS bergambar bersama Tun Canselor dan Toh Puan.

Me with Hafiz

Me with my boss
Prof Shahril, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Me with my colleauge a.k.a satu fakulti belajar, Dewi.

Sidang petang konvo dihadiri oleh YB Ketua Menteri Sabah, merangkap Pro Canselor UMS

Me with my colleauge, Radi.

Jumaat, 25 November 2016

Golongan Makhluk Kejam yang Suka Mendera Haiwan

Golongan ni tak sesuai dibahasakan sebagai 'Manusia Berhati Binatang' kerana binatang jauh lebih mulia berbanding mereka-mereka ni. Jadi saya panggil mereka golongan Makhluk Kejam. Entahlah. Malu nak ngaku mereka ni golongan manusia. Manusia berakal. Mereka ni otak ada tapi tak pakai.

Sekarang banyak dah kes mendera haiwan. Kucing dan anjing habis kena panah, kena siram air panas, kena ikat, kena potong kaki.... Alahai.... Golongan Makhluk kejam mesti ketawa terbahak-bahak tengok haiwan tu semua menggelupur sakit. Tak takutkah kalau benda yang korang buat ni terbalik kat korang? Sekarang mungkin tak. Tapi siapa tau esok lusa bagaimana?

Mesti golongan ni rasa best kan bila kucing dan anjing tu kena seksa? Kononnya nak tunjuk power la tu. Tak malukah malaikat kanan dan kiri nampak perbuatan kamu tu? Golongan Makhluk Kejam ni kononnya dah berkuasa sangat sampai mereka rasa mereka layak untuk membunuh haiwan yang tidak berdosa ni. Biarlah mereka hidup bebas. Yang golongan ni apahal menganggu kebebasan haiwan ni?

Sebelum buat perkara macam ni elok fikirlah baik-baik. Sekarang ni semua benda boleh kena viral. Perbuatan yang kejam ni...senang-senang orang lain dapat tau. Nanti bila dah kena pukul akibat buat perkara tak baik macam tu, jangan salahkan orang yang memukul pula. Yalah. Berani buat, beranilah tanggung.

Sekarang ni umur muda lagi. Kononnya nak cuba sesuatu yang baru. Dah tu pergi bunuh binatang pula? Nanti dah tua kerepot baru la nak sedar. Baru nak menyesal bagai. Itupun kalau sedar dengan perbuatan tak senonoh ni. Bagi saya, golongan mental tak betul ni tak layak pun hidup di dunia ni. Sebab kenapa? Bodoh bebenar. Tak ada akal. Otak kosong. Sumbangan tak ada, nak menyusahkan hidup orang lain ada la.

Entah la apa yang best sangat seksa binatang ni. Nampak kucing curi ikan, mulalah nak potong kaki kucing. Nampak anjing korek sampah, lepas tu sukahati pergi racun anjing tu. Ishhh! Tak guna betul. Hati bangkai!

Nasib baik la kita masih ada manusia yang prihatin membantu binatang yang terseksa ni. Sekarang persatuan NGO tengah fight untuk mewujudkan undang-undang berkenaan penyeksaan haiwan. Jadi bersiap sedialah wahai Golongan Makhluk Kejam. Lagipun sekarang ni... macam yang saya cakap tadi la. Perbuatan macam ni senang orang dapat tau dan boleh diviral. Saya harap golongan ni at least boleh berfikir la apa jadi lepas tu (tu pun kalau mereka terfikir).

Beringatlah bahawa setiap perbuatan jahat akan dibalas juga akhirnya. Berhentilah menyeksa binatang.

Sebelum terlambat. Siapa tau bila ajal kita tiba.

Khamis, 24 November 2016

Review : Innisfree No-Sebum Mineral Powder

Yeay! Pakej Hermo saya dah sampai akhirnya.

Sebenarnya bedak muka dah tak ada lagi. Habis berterabur sebab case terhentak di lantai. Okay... sebelum ni saya menggunakan jenama Kate tapi teringin nak cari bedak muka jenama lain dan lebih sesuai untuk muka saya yang agak oily. 

Segalanya ada di Hermo. Kepada yang suka shopping barangan cosmetic dan nak dapat harga diskaun, kindly log on to Hermo.my Beauty CollectionSaya juga suka shopping di Hermo sebab ada yang kedai tak ada kat Sabah, contohnya Innisfree tak buka lagi cawangan kat sini. Tapi jangan susah... Hermo kan ada. 

Hermo.my

Okaylah. Sebenarnya saya tertarik dengan Innisfree ni sebab hari tu ada beli mask muka jenama ni juga. Sesuai untuk kulit saya. Bahan yang digunakan terdiri dari bahan organik. Innisfree adalah produk made in Korea. 

Oleh kerana harga mineral powder ni boleh dapat harga murah melalui Hermo iaitu hanya RM20 sahaja... jadi saya pun try la beli satu. Tengok dari komen pengguna juga rata-rata positif, menambahkan lagi hasrat saya untuk membeli bedak muka ni.

Taaadaaa! Saiz yang kecil dan mudah dimasukkan ke dalam handbag. Rasanya boleh tahan lama juga la sebab tak sapu bedak banyak mana pun. Asal dapat tutup muka berminyak dah la. 

Oh ya. Actually Innisfree No-Sebum Mineral Powder (5g) ni dirumus khas untuk kulit berminyak. Setakat saya pakai tak ada apa-apa alahan berlaku di muka. Bedak ni juga very light, senang untuk dibersihkan dan sekata. I must say that I love this product very much and will repurchase it back kalau dah habis. 

Selepas menggunakan mineral powder Innisfree, muka saya dah tak berminyak lagi. Mungkin tak dapat bertahan lama sangat, tapi Innisfree mineral powder sangat membantu! 

Isnin, 21 November 2016

Vege Lover - Say Yes to Plain and Original

Hari ni amik cuti akibat batuk teruk...
-
-
-
-
-
Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin. Ianya berfungsi untuk melawan penyakit, untuk kesihatan dan diet seimbang. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan vitamin tersebut, sayur tak boleh dimasak terlalu lama sangat. Selain itu, ulam-ulaman adalah antara diet terbaik dan boleh membuatkan kita awet muda.

Certain orang tak suka makan sayur. Katanya sayur tak sedap dan tak menyelerakan. Haa.... kalau ke mana-mana restoran, cuba order sayur goreng Chinese style. Confirm rasa sedap (masakan cina adalah antara yang best). Makan ketika masih panas tau! Buang tanggapan sayur tak sedap tu jauh-jauh. Tanpa sayur, makanan kita tak seimbang.

Pada saya, saya lebih suka yang fresh seperti ulam-ulaman. Masak sayur pun saya prefer tak terlalu banyak guna bahan dan masak sekejap sahaja agar sayur tak terlalu layu. Contohnya:

Sup sayur sawi. Bahannya bawang putih, sos tiram, udang kering dan garam sahaja. 

Mi goreng ayam plus sayur kubis, sawi dan ditabur timun yang dipotong. 

Mana-mana masakan saya suka lebihkan sayur. Misalnya mihun goreng kena ada banyak sayur, soto pun kena tabur banyak taugeh dan timun, tauhu sumbat confirm kena ada sayur-sayuran, cucur sayur pun kena ada banyak sayur.... pendek kata semua kena ada sayur. 

Anda semua, jom kita makan sayur! Sayur adalah menu yang terbaik, janji sesuai dengan selera anda!

Ahad, 20 November 2016

JJCM : Aiskrim Gula Apong di Kota Belud

Time cuaca panas ni sedap makan aiskrim...

Kepada peminat aiskrim gula apong, boleh try di gerai yang terletak di tepi jalan di Kota Belud, Sabah. Sebenarnya aiskim gula apong popular di Sarawak. walau bagaimanapun masih boleh juga didapati di Sabah (tapi tak ramai yang jual). 

Harga semangkuk aiskrim gula apong ialah RM3.50, manakala kalau nak tambah milo tabur ialah RM4.00. Gerai ini juga menyediakan menu lain seperti cendol RM2.50, nasi goreng ikan liking RM7.00, mi hailam, soto, kuih muih dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi gerai ini di talian 013 897 2381. 

Apa yang best dengan aiskrim gula apong ni ialah ianya tak manis, menyegarkan, harga yang berpatutan, presentation yang menarik serta chocolate chips + cornflakes yang super rangup. Gerai ini sentiasa dipenuhi pelanggan dan kalau nak cari gerai ni pun tak susah. Jika menghala dari Kota Kinabalu, masuk roundabout utama terus ke kiri menghala ke Kudat. Gerai ini terletak di sebelah kanan berdekatan signboard Kampung Labuan / Kampung Wakap. 

Confirm akan datang lagi!




Resepi Spaghetti Sihat dan Mudah

Bahan-bahan:
  • Spaghetti
  • Sos spaghetti (saya memilih jenama Prego)
  • Sayur timun dipotong dadu
  • Sayur kubis dihiris nipis
  • Daging kisar (guna daging burger pun boleh)


Cara-caranya:
  • Didihkan air dan masukkan spaghetti agar ianya menjadi lembut. Apabila dah cukup lembut, toskan.
  • Di kuali yang satu lagi, masak sos spaghetti. Kemudian masukkan daging kisar bersama. Tak perlu tambah apa-apa perisa lain kerana semuanya dah cukup rasa.
  • Apabila sos telah masak, tuangkan pada spaghetti.
  • Untuk menjadikan spaghetti anda lebih segar dan enak, campurkan hirisan kubis dan timun.
  • Boleh letakkan sedikit oregano dan paprika untuk lebih perisa.
  • Makan ketika masih panas.


Sabtu, 19 November 2016

Pemandangan Malam Bandaraya KK dari Bukit Kokol

Dua tiga hari ni bulan nampak besar di langit. Lepas fenomena supermoon pada 14hb November, sebenarnya malam berikutnya masih boleh tengok lagi rupa bulan yang besar... cuma ia bukan dalam fasa full moon lagi.

So after habis kerja, saya dan Hafiz bercadang nak pergi Bukit Kokol di Menggatal untuk ambil angin. Memandangkan tak begitu jauh dari rumah, jadi okaylah. Sebenarnya nak tengok bulan tapi cuaca tak berapa baik bulan pun ditutup awan.


Apa yang best... pemandangan KK City yang begitu indah. Diterangi cahaya lampu ♡♡♡ Tak selalu berpeluang tengok pemandangan begini kecuali mada naik kapal terbang flight sebelah malam. 

Maybe boleh plan ramai-ramai untuk stay satu malam di resort yang terletak di Bukit Kokol.

Inilah rupa bulan pada malam tu. Tak nampak sangat sebab ditutup awan.

Cerita Dua Tiga Hari Lalu : Kerja dan Tak Stress

Okay. Banyak benda lagi nak fokus lepas ni. Hoping for the best! Tak lama lagi nak masuk bulan Disember. Cepat betul masa berlalu. Exam... exam... exam.... (Tak tenangnya fikiranku). By the way, sepanjang dua tiga hari lepas memang sibuk. Lastly sorang demi sorang sekretariat jatuh sakit. Termasuk saya. Haw haw haw.... tapi seronok bekerja la. Walaupun sibuk, tapi tak stress. ^^ Kenapa tak stress?

Masa di airport jemput Tun, sebelum tu sempat lagi beli Hot Chocolate (less sweet). Kerja seterusnya sebagai repertoire di majlis Luncheon Talk (bersama dua lagi yang lain). Ada hot chocolate, tak stress nak menaip. Oh yeah! Penyelamat betul la.

Habis Luncheon Talk, bergegas terus ke jeti untuk bantu mengatur Perasmian Tukun Tiruan dan Unjang Ikan. Sini pun tak stress sebab air laut memang menenangkan. ♡_♡ Ditambah lagi dengan angin yang sejuk. 

Malam tu bergegas pula bantu atur Majlis Makan Malam Penghargaan pula. Tak stress sebab semua orang happy malam tu. Kalau makan siapa tak happy kan. HeHeHe.

Barisan sekretariat.

Keesokan harinya nasib baik saya tiba tepat pada masanya. Mereka semua balik dari istana terus nak mulakan meeting (awal dari actual time). Nasib baik pihak sekretariat dah setting siap-siap semua. So okaylah. Tengah boss meeting, kami duduk di luar menunggu. Entah. Sempat lagi cerita illuminati la, hantu la, kucing la... tengok video lawak la etc. Jadi tak stress. Meeting pun berjalan lancar. Thumbs up!

It's a wrap! Di mana tugas bermula, disitulah ia berakhir. Hantar Tun ke airport lewat petang tu... dan leganya ^^

Hari selepas tu pula jabatan kami adakan ceramah Pengurusan Risiko di Tempat Kerja. Thanks kawan-kawan lain begitu komited buat kerja sehingga berjaya menjadikan ceramah ini begitu hebat. Topik berkenaan Pengurusan Stress. Memang terbaik kalau Dr. Shamsul yang bagi ceramah. Santai.

Jadi apa-apapun, no stress at all. ^^ 

Khamis, 17 November 2016

Sambung... Sambung

0155AM.... Akhirnya diserang selsema sekali lagi setelah sekian lama tidak diserang penyakit. Lagipun this week masih tak turun pergi gym lagi. Busy gila. Walaupun tasks terbesar dah selesai... siang nanti ada acara lagi. Jadi tak boleh consider sebagai SELESAI SEPENUHNYA. Harap-harap boleh bangun la nanti. Dah la mata ni tak nak tidur akibat sampai rumah tadi tertidur sekejap.

Next week saya kena present individual assignment pula. Tak buat apa lagi . Dengan harapan.... boleh survive please!! Paling tak best kalau kena buat literature review + baca artikel panjang lebar. Nooooo!! Total kelas terskip dah tiga kali (any subject). Noooo!! Walaubagaimanapun, inilah cabaran partime student. Apa-apapun, bertekad nak konvo on time. (Fokus! Fokus!).

Malam-malam ni terasa nak makan fries la pulan tapi mesti yang panas, garing dan ada tabur sedikit garam (spesifiknya). Padahal tak minat makan pun selama ni. Ni mesti kes Hafiz makan fries tadi tapi saya tak amik rasa satu. Siasiapun nya orang. HaHaHa. Chocolate drink pun tak sempat teguk hari ni. Kecewa bebenar. Kelam kabut, takut kena cari oleh big boss. Jadi nak slack sebentar pun tak berani. Yalah. Kalau big boss dah marah, seram weh.

Okaylah. Saya nak try lelapkan mata menggunakan tips yang saya pernah share dalam blog sebelum ini. :-)

(Sekadar terlintas di fikiran).... 'Baru kena sikit dah touching. Dia buat macam tu kat orang tak fikir perasaan pula kan?'. Means karma la... haiyaaa... Jangan sesiapa terasa ya. Tak ada kena mengena dengan kehidupan orang.

Rabu, 16 November 2016

Supermoon 14 November 2016

Walaupun tahun ni Supermoon di KK tak begitu super jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya... tapi saya tetap nak upload sedikit gambar yang saya berjaya tangkap di kala bulan yang indah ini. Cheewah!

Ni saya ambil menggunakan kamera smartphone. (Ada edit sikit la bagi nampak sharp sikit bulan tu). Saya ambil gambar ni semasa dinner di Signall Hill EcoFarm. Tak sangka bila adjust kamera telefon boleh shot gambar bulan yang cantik seperti ini.

Dengan perasaan tak sabar nak melihat  bulan... balik rumah terus capai teleskop. Unedited version.
Yang ni pula gambar-gambar bulan yang dah kena edit bagi nampak sharp. 
(Moon through my telescope)



Ahad, 13 November 2016

Resepi Sup Jagung Simple

Sup jagung adalah antara sup yang paling senang dibuat. Jom saya ajar resepi sup jagung.

Bahan-bahan:
  •  1/2 tin jagung dalam tin (cream style)
  • 4 cawan air
  • 1 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Secubit serbuk lada putih
  • 1 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya:
  • Masukkan air ke dalam kuali.
  • Masukkan jagung, garam, serbuk lada putih sambil menunggu air mendidih.
  • Apabila dah mendidih sedikit, masukkan pula bancuhan tepung jagung (agar sup nampak pekat) dan kacau perlahan-lahan.
  • Tunggu sehingga sup mendidih, kemudian masukkan telur ayam.
  • Tutup api dan siap dihidangkan.

Sabtu, 12 November 2016

Gym for Strength & Cardio

Walaupun dengan jadual pergi gym yang tak menentu sekarang ni (akibat busy kerja dan study), tapi still manage to go juga. 30 minit pun jadilah. Now dah masuk Week 9 kalau tak salah. Tapi tu la... agak frust juga sebab waktu tak begitu konsisten. Arrggh!
 
Despite kena lupakan dulu impian untuk bagi tone badan, saya masih berpuas hati sebab akhirnya dapat rasa kekuatan badan makin bertambah. Bukan itu sahaja, tetapi gym juga membantu mengeluarkan toxic dari peluh (detox), menghilangkan stress dan menyegarkan badan. 
 
Saya bagi points la:
  1. No more stress. Selalu rasa tekanan di pejabat. Tetapi lepas pergi gym automatically akan lupakan segala masalah yang ada. Badan juga rasa lebih sihat kerana semua toxic telah dikeluarkan dari peluh. 
  2. Kekuatan bertambah. Masa Week 1 pergi gym... alahai terasa diri amat lemah. Cycling pun Level 1 sahaja. Sekarang dah boleh pergi Level 3. Dulu tolak kaki pun boleh pergi sampai 60 saja. Sekarang dah boleh bawa sampai 120-140. 60 untuk sebelah kaki. 
  3. Pernafasan lebih terkawal. Mula-mula pergi gym cepat sangat lelah. Berlari di tredmill pun paling tinggi 5.5KM/h saja. Sekarang dah boleh naik sampai 7.5KM/h tanpa tercungap-cungap.
  4. Perubahan fizikal. Sudah semestinya! Since pergi gym memang bentuk badan ada sedikit berubah. Walaupun tak la banyak sangat perubahan tu tapi kira happy dah. Kalau dulu pakai seluar jegging rasa cam tak best sebab tak yakin dengan figure. Sekarang ni tak ada masalah lagi. Tapi jangan terkejut jika berat naik pula. Otot lagi berat dari lemak. Hehe.   
Tips kekal segar di gym... jangan lupa minum air. After beberapa set workout, minum air. Then sambung balik workout.
 
One of my favorite equipments. Khas untuk otot kaki.

Gym is a must for me.
Sibuk macam mana pun, dalam minggu tu sekurang-kurangnya sekali kena pergi gym.

Me and my colleague